Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ ذكرَ اللهِ شفاءٌ، وإنَّ ذِكرَ الناسِ داءٌ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya mengingati Allah itu adalah penawar, manakala mengingati manusia pula adalah penyakit.
Sahabat Perawi
- Makhul
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1474, hadis no. 7512. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن مكحول مرسلا: ((إن ذكر الله شفاء، وإن ذكر الناس داء)). [ الأصبهاني، هب، ((الضعيفة)) (4398)]
(Lemah) Daripada Makhul secara mursal (terputus sanad): Sesungguhnya mengingati Allah itu adalah penawar, manakala mengingati manusia pula adalah penyakit. [Riwayat al-Asbahani dan al-Bayhaqi dalam Shu'ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4398]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman