Sesungguhnya mendamaikan orang yang berselisih adalah lebih mulia

TEKS BAHASA ARAB

إن صلاح ذات البين أعظم من عامة الصلاة والصيام.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya mendamaikan orang yang berselisih adalah lebih mulia daripada keseluruhan solat dan puasa.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 96, hadis nombor 496. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن علي – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إن صلاح ذات البين أعظم من عامة الصلاة والصيام.
[طب، ((الضعيفة)) (5198)]

(Lemah)
Daripada ‘Ali RA telah berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: “Sesungguhnya mendamaikan orang yang berselisih adalah lebih mulia daripada keseluruhan solat dan puasa.’’
[Diriwayatkan oleh al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al Kabīr. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no.5198]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.