Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إن صلاحَ ذاتِ البَيْنِ أعظمُ من عامَّةِ الصلاةِ والصيامِ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya mendamaikan orang yang berselisih adalah lebih mulia daripada keseluruhan solat dan puasa.
Sahabat Perawi
- Ali RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 96, hadis no. 496. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن علي - رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إن صلاح ذات البين أعظم من عامة الصلاة والصيام. [طب، ((الضعيفة)) (5198)]
(Daif) Daripada ‘Ali RA telah berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: “Sesungguhnya mendamaikan orang yang berselisih adalah lebih mulia daripada keseluruhan solat dan puasa.’’ [Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al Kabīr. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no.5198]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman