Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya menceraikan Ummu Sulaim adalah dosa

Teks Bahasa Arab

إنَّ طلاقَ أمِّ سليمٍ لحَوْبٌ.

Teks Bahasa Melayu

Sesungguhnya menceraikan Ummu Sulaim adalah dosa.

Sahabat Perawi

  1. Anas bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1953, hadis no. 9780. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أنس بن مالك رضي الله عنه قال: كان بين أبي طلحة وبين أم سليم كلام، فأراد أبو طلحة أن يطلق أم سليم، فبلغ ذلك النبي صلى الله عليه وسلم، فقال: إن طلاق أم سليم لحوب. [ك، هق، البزار، ((الضعيفة)) (6606)]

(Lemah) Daripada Anas RA, beliau berkata: Pernah ada pertengkaran antara Abu Talhah dan Ummu Sulaim. Abu Talhah ingin menceraikan Ummu Sulaim. Lalu perkara tersebut disampaikan kepada Rasulullah. Baginda bersabda: Sesungguhnya menceraikan Ummu Sulaim adalah dosa. [Riwayat al-Hakim, al-Baihaqi dan al-Bazzar dalam Musnad. Lihat Silsilah al-Dhaifah, no. 6606]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.