Sesungguhnya matahari dikembalikan kepada Ali selepas Asar dan manusia menyaksikannya

TEKS BAHASA ARAB

إن الشمس ردت لعلي بعد العصر والناس يشاهدونها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya matahari dikembalikan kepada Ali selepas Asar dan manusia menyaksikannya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ibn Qayyim al-Jawziyah (m. 751H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘īf, di halaman 57, hadis nombor 83. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ومنها: أن يدعي على النبي صلى الله عليه وسلم أنه فعل أمرا ظاهرا بمحضر من الصحابة كلهم وأنهم اتفقوا على كتمانه ولم ينقلوه…وكذلك روايتهم: "إن الشمس ردت لعلي بعد العصر والناس يشاهدونها" ولا يشتهر هذا أعظم اشتهار ولا يعرفه إلا أسماء بنت عميس.

Di antaranya (ciri-ciri hadis palsu) ialah dakwaan bahawa Nabi SAW melakukan satu perkara dan disaksikan oleh para sahabatnya. Tetapi, seluruh sahabat sepakat untuk menyembunyikannya dan tidak mengamalkannya…Demikian juga riwayat mereka:

إِنَّ الشَّمْسَ رَدَّتْ لِعَلِيٍّ بَعْدَ الْعَصْرِ وَالنَّاسُ يُشَاهِدُونَهَا
“Sesungguhnya matahari dikembalikan kepada Ali selepas Asar dan manusia menyaksikannya.”
Riwayat ini tidak begitu masyhur: Tiada yang mengetahui riwayat ini kecuali daripada jalur Asma’ binti ‘Umais.

RUJUKAN

Ibn Qayyim Al-Jawziyyah. (1970). Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘īf (‘Abd Al-Fattāḥ Abu Ghuddah, Ed.). Ḥalab: Maktabah Al-Maṭbū‘ah Al-Islāmiyyah.

Ibnu Qayyim Al-Jauziyah. Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu. Edited by Solehah Abu Bakar. Selangor: Kemilau Publika, 2015.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan seorang hamba Allah dan kemudian ditambahbaik melalui tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs