Classification icon

Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya Maryam meminta kepada Allah Azzawajalla agar Dia memberinya makan daging yang tiada darah, maka Allah memberinya makan belalang

Teks Bahasa Arab

إنَّ مريمَ سألَت اللَّهَ - عزَّ وجلَّ - أن يُطْعِمَها لَحمًا ليسَ فيهِ دمٌ، فأطعمَها الجرَادَ.

Teks Bahasa Melayu

Sesungguhnya Maryam meminta kepada Allah Azzawajalla agar Dia memberinya makan daging yang tiada darah, maka Allah memberinya makan belalang.

Sahabat Perawi

  1. Abu Hurairah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 393, hadis no. 2097. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي هريرة - رضي الله عنه - عن النبي ﷺ: أنه سئل عن الجراد؟ فقال: «إن مريم سألت الله - عز وجل - أن يطعمها لحما ليس فيه دم، فأطعمها الجراد». [عق، تمام، ابن عساكر، الضياء في «المنتقى من مسموعاته بمرو»، «الضعيفة» (1992)].

(Lemah) Daripada Abu Hurairah RA, daripada Nabi ﷺ bahawa baginda ditanya mengenai belalang. Maka baginda menjawab: "Sesungguhnya Maryam meminta kepada Allah Azzawajalla agar Dia memberinya makan daging yang tiada darah, maka Allah memberinya makan belalang". [Riwayat al-‘Uqaily dalam al-Du’afa’, Tammam dalam al-Fawa'id, Ibn ‘Asakir dalam Tarikh Dimashq dan al-Diya’ dalam al-Muntaqa min Masmu’atihi bi Marw. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1992].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.