Sesungguhnya manusia yang paling kuat membenarkan manusia, ialah orang yang paling benar ucapannya.

TEKS BAHASA ARAB

إن أشد الناس تصديقا للناس أصدقهم حديثا، وإن أشد الناس تكذيبا أكذبهم حديثا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya manusia yang paling kuat membenarkan manusia, ialah orang yang paling benar ucapannya. Dan sesungguhnya yang paling kuat menuduh manusia bohong ialah yang paling kuat berbohong.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 41, hadis nombor 160. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي أمامة – رضي الله عنه – مرفوعا: ((إن أشد الناس تصديقا للناس أصدقهم حديثا، وإن أشد الناس تكذيبا أكذبهم حديثا)).
[القزويني في ((الأمالي))، ((الضعيفة)) (2978)]

(Palsu) Daripada Abū Umāmah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya manusia yang paling kuat membenarkan manusia, ialah orang yang paling benar ucapannya. Dan sesungguhnya yang paling kuat menuduh manusia bohong ialah yang paling kuat berbohong.
[Riwayat Abū al-Ḥasan al-Qazwīnī dalam al-Amālī. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2978]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs