Sesungguhnya manusia yang paling buruk kedudukannya di sisi Allah pada hari kiamat

TEKS BAHASA ARAB

إن شر الناس منزلة عند الله يوم القيامة من يخاف الناس شره.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya manusia yang paling buruk kedudukannya di sisi Allah pada hari kiamat adalah orang yang mana manusia lain takut dengan kejahatannya.

STATUS

Sangat Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1090, hadis nombor 5535. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أنس بن مالك رضي الله عنه، أن رجلا أقبل إلى النبي صلى الله عليه وسلم فأثنوا عليه شرا فرحب به النبي صلى الله عليه وسلم فلما قَفَّى قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إن شَرِّ النَّاسِ مَنْزِلَةً عِنْدَ اللَّهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مَنْ يخافُ الناسُ شَرَّه. [طس، عد، الضعيفة (6361)].

(Sangat lemah) Daripada Anas bin Malik RA, bahawa seorang lelaki datang menemui Nabi SAW. Orang lain mula menyebutkan keburukan lelaki ini, namun Baginda SAW telah persilakannya. Apabila dia sudah berlalu pergi, Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya manusia yang paling buruk kedudukannya di sisi Allah pada hari kiamat adalah orang yang mana manusia lain takut dengan kejahatannya. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Awsat, Riwayat Ibn ‘Adi dalam al-Kamil. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 6361].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs