Sesungguhnya manusia yang paling berat dosanya pada hari kiamat

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إن أعظم الناس خطايا يوم القيامة أكثرهم خوضا في الباطل.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya manusia yang paling berat dosanya pada hari kiamat ialah seseorang yang paling banyak terjerumus ke dalam perkara yang batil.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 146, hadis nombor 738. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن قتادة، قال: قال صلى الله عليه وسلم: ((إن أعظم الناس خطايا يوم القيامة أكثرهم خوضا في الباطل.)). [ابن أبي الدنيا في ((الصمت))، ((الضعيفة)) (7064)]

(Lemah)
Daripada Qatādah, beliau berkata: Nabi SAW bersabda: Sesungguhnya manusia yang paling berat dosanya pada hari kiamat ialah seseorang yang paling banyak terjerumus ke dalam perkara yang batil.
[Riwayat Ibn Abī al-Dunyā dalam al-Ṣamt. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 7064]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.