Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إِنَّ أعظمَ الناسِ خطايا يومَ القيامَةِ أكثرُهُمْ خوْضًا في الباطِلِ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya manusia yang paling berat dosanya pada hari kiamat ialah seseorang yang paling banyak terjerumus ke dalam perkara yang batil.
Sahabat Perawi
- Qatadah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 146, hadis no. 738. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن قتادة، قال: قال صلى الله عليه وسلم: ((إن أعظم الناس خطايا يوم القيامة أكثرهم خوضا في الباطل.)). [ابن أبي الدنيا في ((الصمت))، ((الضعيفة)) (7064)]
(Daif) Daripada Qatādah, beliau berkata: Nabi SAW bersabda: Sesungguhnya manusia yang paling berat dosanya pada hari kiamat ialah seseorang yang paling banyak terjerumus ke dalam perkara yang batil. [Riwayat Ibn Abī al-Dunyā dalam al-Ṣamt. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 7064]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman