Sesungguhnya manusia yang paling awal mendapat naungan Allah pada hari kiamat

TEKS BAHASA ARAB

إن أول الناس يستظل في ظل الله يوم القيامة لرجل ينظر معسرا حتى يجد شيئا، أو تصدق عليه بما يطلبه، يقول: مالي عليك صدقة ابتغاء وجه الله، ويخرق صحيفته.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya manusia yang paling awal mendapat naungan Allah pada hari kiamat ialah seorang lelaki yang memberi penangguhan kepada seseorang yang berada dalam kesulitan (untuk membayar hutang) sehinggalah dia mendapati sesuatu (untuk melangsaikannya), atau dia bersedekah ke atasnya dengan kadar yang dia perlukan. Lalu dia berkata: Hartaku ke atas dirimu ialah sedekah yang aku harapkan reda Allah padanya, lalu dia mengoyak lembarannya (buku catatan hutang).

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 148, hadis nombor 747. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بهذا التمام) عن أبي اليسر رضي الله عنه، قال: أشهد على رسول الله صلى الله عليه وسلم: لسمعته يقول: ((إن أول الناس يستظل في ظل الله يوم القيامة لرجل ينظر معسرا حتى يجد شيئا، أو تصدق عليه بما يطلبه، يقول: مالي عليك صدقة ابتغاء وجه الله، ويخرق صحيفته.)). [طب، ((الضعيفة)) (6917)]

(Munkar Secara Keseluruhan)
Daripada Abū al-Yusr RA, beliau berkata: Aku bersaksi ke atas Rasulullah SAW bahawa aku telah mendengar baginda bersabda: Sesungguhnya manusia yang paling awal mendapat naungan Allah pada hari kiamat ialah seorang lelaki yang memberi penangguhan kepada seseorang yang berada dalam kesulitan (untuk membayar hutang) sehinggalah dia mendapati sesuatu (untuk melangsaikannya), atau dia bersedekah ke atasnya dengan kadar yang dia perlukan. Lalu dia berkata: Hartaku ke atas dirimu ialah sedekah yang aku harapkan reda Allah padanya, lalu dia mengoyak lembarannya (buku catatan hutang).
[Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6917]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs