Sesungguhnya manusia semakin bertambah ramai

TEKS BAHASA ARAB

إن الناس يكثرون، وأصحابي يقلون، فلا تسبوهم، فمن سبهم فعليه لعنة الله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya manusia semakin bertambah ramai, dan para sahabatku semakin sedikit bilangannya. Maka janganlah memaki mereka. Sesiapa yang memaki mereka, maka keatasnya laknat Allah.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1827, hadis nombor 9214. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن جابر بن عبدالله –رضي الله عنهما- مرفوعاً: ((إن الناس يكثرون، وأصحابي يُقلّون، فلا تسبوهم، فَمَن سبّهم فعليه لعنة الله)). [ع، ابن شيبان في ((الفوائد المنتخبة))، خط، ((الضعيفة)) (3157)]

(Lemah) Daripada Jabir bin Abdullah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya manusia semakin bertambah ramai, dan para sahabatku semakin sedikit bilangannya. Maka janganlah memaki mereka. Sesiapa yang memaki mereka, maka keatasnya laknat Allah. [Riwayat Musnad Abī Ya‘lā, Ibnu Syaiban dalam al-Fawaid al-Muntakhabah, dan al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3157]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs