Sesungguhnya manusia paling awal bernaung di bawah naungan Allah ialah seorang lelaki yang melihat orang yang susah

TEKS BAHASA ARAB

أشهد على رسول الله صلى الله عليه وسلم لسمعته يقول: إن أول الناس يستظل في ظل الله يوم القيامة لرجل ينظر معسرا حتى يجد شيئا أو تصدق عليه بما يطلبه يقول ما لي عليك صدقة ابتغاء وجه الله ويحرق صحيفته.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku bersaksi bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya manusia paling awal yang bernaung di bawah naungan Allah pada hari kiamat ialah seorang lelaki yang melihat orang yang susah sehingga dia mendapatkan sesuatu untuk diberikan atau dia memberi sedekah untuk memenuhi apa yang diminta oleh orang tersebut. Kemudian dia berkata: Apa yang aku berikan kepada kamu adalah semata-mata mengharapkan keredhaan Allah. Lalu terbakarlah lembaran (amalannya).

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 903, hadis nombor 4625. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بهذا التمام) عن أبي اليسر رضي الله عنه قال: أشهد على رسول الله صلى الله عليه وسلم لسمعته يقول: إن أول الناس يستظل في ظل الله يوم القيامة لرجل ينظر معسرا حتى يجد شيئا أو تصدق عليه بما يطلبه يقول ما لي عليك صدقة ابتغاء وجه الله ويحرق صحيفته. [طب, الضعيفة (6917)]

(Munkar jika disebutkan secara sempurna) Daripada Abi Al-Yusr RA, beliau berkata: Aku bersaksi bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya manusia paling awal yang bernaung di bawah naungan Allah pada hari kiamat ialah seorang lelaki yang melihat orang yang susah sehingga dia mendapatkan sesuatu untuk diberikan atau dia memberi sedekah untuk memenuhi apa yang diminta oleh orang tersebut. Kemudian dia berkata: Apa yang aku berikan kepada kamu adalah semata-mata mengharapkan keredhaan Allah. Lalu terbakarlah lembaran (amalannya). [Al-Tabrani di dalam Mu’jam Al-Kabir, Al-Dha’ifah no 6917].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.