Sesungguhnya manusia diseru pada hari kiamat kelak dengan nama ibu mereka …

TEKS BAHASA ARAB

 أَنَّ النَّاسَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ يُدْعَوْنَ بِأُمَّهَاتِهِمْ لاَبِآبَائِهِمْ

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya manusia diseru pada hari kiamat kelak dengan nama ibu mereka bukan nama bapa mereka.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Seperti yang dinukilkan dalam terjemahan Kitab Al-Manar Al-Munif, kata Ibn Qayyim Al-Jawziyyah رحمه الله:

Antara hadis palsu juga ialah hadis berikut:
أَنَّ النَّاسَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ يُدْعَوْنَ بِأُمَّهَاتِهِمْ لاَبِآبَائِهِمْ
“Sesungguhnya manusia diseru pada hari kiamat kelak dengan nama ibu mereka bukan nama bapa mereka.” [1]Hadis ini batil, terdapat hadis-hadis sahih yang bertentangan dengannya.
Berkata Imam al-Bukhari di dalam kitab hadis sahihnya di bawah bab manusia diseru pada hari kiamat dengan nama bapa mereka, kemudian beliau menyebut hadis:
يُنْصَبُ لِكُّلِ غَادِرٍ لِوَاءٌ يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِقَدّرِ غَدْرَتِهِ فَيُقَالُ هَذِهِ غَدْرَةُ فُلانِ بْنِ فُلانٍ
“Akan diberikan kepada para pengkhianat pada hari kiamat dengan bendera sesuai dengan tahap pengkhianatannya, dikatakan kepada mereka: ini adalah pengkhianatan fulan bin fulan” [2]Dalam bab ini mempunyai hadis yang lain, bukan hadis ini.
——————————————————————
Kata Pentakhrij Buku Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu, Cetakan Kemilau Publika:
[1] Ibnu Hajar mengatakan, sanadnya terlalu dhoif.
[2] Sahih al-Bukhari: kitab al-Adab (6177).

RUJUKAN

  1. Ibn Qayyim Al-Jawziyyah. Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘Īf. Ditahqiq oleh ‘Abd Al-Fattāḥ Abu Ghuddah. Ḥalab: Maktabah Al-Maṭbū‘ah Al-Islāmiyyah, 1970.
  2. Ibnu Qayyim Al-Jauziyah. Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu. Disunting oleh Solehah Abu Bakar. Selangor: Kemilau Publika, 2015.
 MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan seorang penaja yang menaja Projek Al-Manar Al-Munif yang dijalankan oleh Semakhadis.com. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan buat penaja tersebut dan warga tim semakhadis.com. Aamiin! Mohon maklumkan kepada admin@semakhadis.com sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon