Sesungguhnya malu dan segan bercakap (gagap) adalah daripada iman

TEKS BAHASA ARAB

إن الحياء والعي من الإيمان، وهما يقربان من الجنة، ويباعدان من النار، والفحش والبذاء من الشيطان، وهما يقربان من النار، ويباعدان من الجنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya malu dan segan bercakap (gagap) adalah daripada iman dan keduanya akan mendekatkan kepada syurga dan menjauhkan daripada neraka. Kejahatan dan percakapan yang buruk itu adalah daripada syaitan, keduanya mendekatkan kepada neraka dan menjauhkan daripada syurga.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 717, hadis nombor 3663. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن أبي أمامة رضي الله عنه، قال: قال ﷺ: إن الحياء والعي من الإيمان، وهما يقربان من الجنة، ويباعدان من النار، والفحش والبذاء من الشيطان، وهما يقربان من النار، ويباعدان من الجنة. فقال أعرابي: إنا لنقول في الشعر: إن العي من الحمق، فقال: تراني أقول: قال رسول الله ﷺ، وتجيئني بشعرك النتن.
[طب، ((الضعيفة)) (6884)]

(Palsu)
Daripada Abi Umamah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya malu dan segan bercakap (gagap) adalah daripada iman dan keduanya akan mendekatkan kepada syurga dan menjauhkan daripada neraka. Kejahatan dan percakapan yang buruk itu adalah daripada syaitan, keduanya mendekatkan kepada neraka dan menjauhkan daripada syurga. Lalu arab badwi itu berkata: Sesungguhnya kami mengatakan dalam syair: bahawa segan bercakap adalah daripada kebodohan. Dia berkata: Engkau melihat aku berkata: Rasulullah SAW bersabda: Maka kamu datangkan kepadaku syair kamu yang jijik.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6884].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs