Terlalu Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya malam tadi aku melihat perkara yang menakjubkan

Teks Bahasa Arab

إني رأيتُ الليلةَ عجبًا : رأيتُ رجلًا من أمتي قد احتوشتهُ ملائكةُ العذابِ فجاءهُ وُضوؤُه فاستنقذهُ من ذلكَ ، ورأيتُ رجلًا من أمتي قد بُسِطَ عليهِ عذابُ القبرِ فجاءتهُ صلاتُه فاستنقذتهُ من ذلكَ ، ورأيتُ رجلًا من أمتي احتوشتهُ الشياطينُ فجاءهُ ذِكْرُ اللهِ فخلَّصهُ منهم ، ورأيتُ رجلًا من أمتي يلهثُ عطشًا فجاءهُ صيامُ رمضانَ فسقاهُ ، ورأيتُ رجلًا من أمتي من بينِ يدَيهِ ظُلمةٌ ومن خلفِهِ ظلمةٌ وعن يمينِه ظلمةٌ وعن شمالِه ظلمةٌ ومن فوقِه ظلمةٌ ومن تحتِه ظلمةٌ فجاءتهُ حَجَّتُهُ وعمرتُه فاستخرجاهُ من الظُّلمةِ ، ورأيتُ رجلًا من أمتي جاءهُ مَلَكُ الموتِ ليقبضَ روحَه فجاءهُ بِرُّهُ لوالدِّيَهِ فردَّهُ عنهُ ، ورأيتُ رجلًا من أمتي يُكلِّمُ المؤمنينَ ولا يُكلِّمونهُ فجاءتهُ صلةُ الرَّحِمِ فقالت : إنَّ هذا كان واصلًا لِرَحِمِهِ فكلَّمَهُمْ وكلَّموهُ وصارَ معهمْ ، ورأيتُ رجلًا من أمتي يَأتي النبيينَ وهم حِلَقٌ حِلَقٌ كلَّما مرَّ على حلقةٍ طُرِدَ فجاءهُ اغتسالُهُ من الجنابةِ فأخذَ بيدِهِ فأجلسهُ إلى جنبي ، ورأيتُ رجلًا من أمتي يتَّقِي وَهَجَ النارِ بيدَيهِ عن وجهِهِ فجاءتهُ صدقتُهُ فصارت ظِلًّا على رأسِهِ وسترًا عن وجهِه ، ورأيتُ رجلًا من أمتي جاءتهُ زبانيةُ العذابِ فجاءهُ أمرُهُ بالمعروفِ ونهيُهُ عن المنكرِ فاستنقذهُ من ذلكَ ، ورأيتُ رجلًا من أمتي هَوَى في النارِ فجاءتهُ دُموعهُ اللاتي بَكَى بها في الدنيا من خشيةِ اللهِ فأخرجتهُ من النارِ ، ورأيتُ رجلًا من أمتي قد هَوَتْ صحيفتُه إلى شمالِه فجاءهُ خوفُه من اللهِ تعالى فأخذَ صحيفتَه فجعلَها في يمينِه ، ورأيتُ رجلًا من أمتي قد خَفَّ ميزانُه فجاءهُ أفراطُه فثقَّلوا ميزانَه ، ورأيتُ رجلًا من أمَّتي على شفيرِ جهنمَ فجاءهُ وَجَلُهُ من اللهِ تعالى فاستنقذهُ من ذلكَ ، ورأيتُ رجلًا من أمتي يَرْعَدُ كما تَرْعَدُ السَّعَفَةُ فجاءهُ حُسْنُ ظنِّهِ باللهِ تعالى فسكَّنَ رعدتَهُ ، ورأيتُ رجلًا من أمتي يزحفُ على الصراطِ مرةً ويحبو مرةً فجاءتهُ صلاتُه عليَّ فأخذتْ بيدِهِ فأقامتهُ على الصراطِ حتى جازَ ، ورأيتُ رجلًا من أمتي انتهى إلى أبوابِ الجنةِ فغُلِّقَتِ الأبوابُ دونَه فجاءتهُ شهادةُ أن لا إلهَ إلا اللهُ فأخذتْ بيدِهِ فأدخلتهُ الجنةَ

Teks Bahasa Melayu

Sesungguhnya malam tadi aku melihat perkara yang menakjubkan: 1. Aku melihat seorang lelaki dari umatku dikelilingi malaikat azab, maka wudhu' nya datang dan ia selamat dari azab tersebut. 2. Dan seorang lelaki dari kalangan umatku yang dibentangkan keatasnya azab kubur, maka solatnya datang dan dia terselamat daripada azab tersebut. 3. Dan aku melihat seorang lelaki dikelilingi oleh syaitan kemudian datang kepadanya zikirnya, maka dia terlepas dari syaitan tersebut. 4. Dan aku melihat seorang dari kalangan umatku yang menjelir lidah kerana kehausan, kemudian datang puasa ramadhan memberi minum kepadanya. 5. Dan aku melihat seorang dari kalangan umatku dihadapannya kegelapan, dibelakangnya kegelapan, dikanannya kegelapan, dikirinya kegelapan, diatasnya kegelapan, dibawahnya kegelapan, kemudian datanglah haji dan umrahnya dan keluarkannya daripada kegelapan-kegelapan tersebut. 6. Dan aku melihat seorang lelaki dari kalangan umatku, malaikat maut datang kepadanya untuk mencabut rohnya, kemudian datanglah kebaikannya terhadap kedua ibu bapanya, maka ia menghalang dari perkara tersebut. 7. Dan aku melihat seorang lelaki dari kalangan umatku bercakap dengan golongan beriman, tetapi mereka tidak membalas ucapannya, kemudian datanglah silaturrahim, lalu berkata: Ini ialah orang yang menyambungkan silaturrahim, dan mereka berbual sehinggalah lelaki tersebut menjadi dari golongan beriman. 8. Dan aku melihat seorang lelaki dari kalangan umatku datang kepada para nabi yang berkumpulan, setiap kali berjalan kepada kumpulan tersebut, dihalau. Maka datanglah mandi wajibnya lalu ia mengambil tangan lelaki tersebut dan duduk disampingku. 9. Dan aku melihat seorang lelaki dari kalangan umatku melindungi wajahnya daripada nyalaan api neraka dengan kedua tangannya, kemudian datang sedekahnya menjadi naungan diatas kepalanya dan menutupi mukanya. 10. Dan aku melihat seorang lelaki dari kalangan umatku Zabaniah yang membawa azab, kemudian datang seruannya kepada kebaikan dan larangan dari kemungkaran, lalu ia selamat dari azab tersebut. 11. Dan aku melihat seorang lelaki dari kalangan umatku jatuh kedalam api neraka, kemudian datang tangisannya yang ditangisi semasa didunia disebabkan takut kepada Allah. 12. Dan aku melihat seorang lelaki dari kalangan umatku yang diberi lembarannya dari tangan kiri, kemudian datang perasaan takutnya lalu mengambil lembaran tersebut dan meletakkannya disebelah kanan. 13. Dan aku melihat seorang lelaki dari kalangan umatku ringan timbangannya, kemudian datang sifat berlebihannya, maka ia memberatkan timbangannya. 14. Dan aku melihat seorang lelaki dari kalangan umatku dibatasan api neraka, kemudian datang persaan gentarnya terhadap Allah SWT, maka dia terselamat. 15. Dan aku melihat seorang lelaki dari kalangan umatku gumuruh seperti gemuruhnya daun, kemudian datang sangka baiknya kepada Allah SWT, maka tenanglah gemuruhnya. 16. Dan aku melihat seorang lelaki dari kalangan umatku merangkak diatas titian Sirat sekali, menunduk sekali, kemudian datang selawatnya keatasku, kemudian ia mengambil lelaki tersebut mendirikannya diatas Sirat sehinggalah ia melepasinya. 17. Dan aku melihat seorang lelaki dari kalangan umatku berhenti di pintu syurga, lalu pintu-pintu tersebut tertutup tanpa dia masuk kedalamnya, kemudian datang lah penyaksiannya bahawa tiada tuhan melainkan Allah, lalu ia mengambil tangan lelaki tersebut maka masuklah ke dalam syurga.

Sahabat Perawi

  1. Abdul Rahman bin Samurah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Terlalu Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 904, hadis no. 4631. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر جدا) عن عبد الرحمن بن سمرة رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إني رأيت البارحة عجبا: رأيت رجلا من أمتي قد احتوشته ملائكة العذاب فجاءه وضوءه فاستنقذه من ذلك. ورأيت رجلا من أمتي قد بسط عليه عذاب القبر فجاءته صلاته فاستنقذته من ذلك. ورأيت رجلا من أمتي احتوشته الشياطين فجاءه ذكر الله فخلصه منهم. ورأيت رجلا من أمتي يلهث عطشا فجاءه صيام رمضان فسقاه. ورأيت رجلا من أمتي من بين يديه ظلمة ومن خلفه ظلمة وعن يمينه ظلمة وعن شماله ظلمة ومن فوقه ظلمة ومن تحته ظلمة فجاءته حجته وعمرته فاستخرجاه من الظلمة. ورأيت رجلا من أمتي جاءه ملك الموت ليقبض روحه فجاءه بره لوالديه فرده عنه. ورأيت رجلا من أمتي يكلم المؤمنين ولا يكلمونه فجاءته صلة الرحم فقالت: إن هذا كان واصلا لرحمه. فكلمهم وكلموه وصار معهم. ورأيت رجلا من أمتي يأتي النبيين وهم حلق حلق كلما مر على حلقة طرد فجاءه اغتساله من الجنابة فأخذ بيده فأجلسه إلى جنبي. ورأيت رجلا من أمتي يتقي وهج النار بيديه عن وجهه فجاءته صدقته فصارت ظلا على رأسه وسترا عن وجهه. ورأيت رجلا من أمتي جاءته زبانية العذاب فجاءه أمره بالمعروف ونهيه عن المنكر فاستنقذه من ذلك. ورأيت رجلا من أمتي هوى في النار فجاءته دموعه اللاتي بكى بها في الدنيا من خشية الله فأخرجته من النار. ورأيت رجلا من أمتي قد هوت صحيفته إلى شماله فجاءه خوفه من الله تعالى فأخذ صحيفته فجعلها في يمينه. ورأيت رجلا من أمتي قد خف ميزانه فجاءه أفراطه فثقلوا ميزانه. ورأيت رجلا من أمتي على شفير جهنم فجاءه وجله من الله تعالى فاستنقذه من ذلك. ورأيت رجلا من أمتي يرعد كما ترعد السعفة فجاءه حسن ظنه بالله تعالى فسكن رعدته. ورأيت رجلا من أمتي يزحف على الصراط مرة ويحبو مرة فجاءته صلاته علي فأخذت بيده فأقامته على الصراط حتى جاز. ورأيت رجلا من أمتي انتهى إلى أبواب الجنة فغلقت الأبواب دونه فجاءته شهادة أن لا إله إلا الله فأخذت بيده فأدخلته الجنة. [الطبراني في الأحاديث الطوال, الضعيفة (6745)]

(Terlalu munkar) Daripada Abdul Rahman Bin Samurah RA berkata, bahawa Nabi SAW bersabda: Sesungguhnya malam tadi aku melihat perkara yang menakjubkan: 1. Aku melihat seorang lelaki dari umatku dikelilingi malaikat azab, maka wudhu' nya datang dan ia selamat dari azab tersebut. 2. Dan seorang lelaki dari kalangan umatku yang dibentangkan keatasnya azab kubur, maka solatnya datang dan dia terselamat daripada azab tersebut. 3. Dan aku melihat seorang lelaki dikelilingi oleh syaitan kemudian datang kepadanya zikirnya, maka dia terlepas dari syaitan tersebut. 4. Dan aku melihat seorang dari kalangan umatku yang menjelir lidah kerana kehausan, kemudian datang puasa ramadhan memberi minum kepadanya. 5. Dan aku melihat seorang dari kalangan umatku dihadapannya kegelapan, dibelakangnya kegelapan, dikanannya kegelapan, dikirinya kegelapan, diatasnya kegelapan, dibawahnya kegelapan, kemudian datanglah haji dan umrahnya dan keluarkannya daripada kegelapan-kegelapan tersebut. 6. Dan aku melihat seorang lelaki dari kalangan umatku, malaikat maut datang kepadanya untuk mencabut rohnya, kemudian datanglah kebaikannya terhadap kedua ibu bapanya, maka ia menghalang dari perkara tersebut. 7. Dan aku melihat seorang lelaki dari kalangan umatku bercakap dengan golongan beriman, tetapi mereka tidak membalas ucapannya, kemudian datanglah silaturrahim, lalu berkata: Ini ialah orang yang menyambungkan silaturrahim, dan mereka berbual sehinggalah lelaki tersebut menjadi dari golongan beriman. 8. Dan aku melihat seorang lelaki dari kalangan umatku datang kepada para nabi yang berkumpulan, setiap kali berjalan kepada kumpulan tersebut, dihalau. Maka datanglah mandi wajibnya lalu ia mengambil tangan lelaki tersebut dan duduk disampingku. 9. Dan aku melihat seorang lelaki dari kalangan umatku melindungi wajahnya daripada nyalaan api neraka dengan kedua tangannya, kemudian datang sedekahnya menjadi naungan diatas kepalanya dan menutupi mukanya. 10. Dan aku melihat seorang lelaki dari kalangan umatku Zabaniah yang membawa azab, kemudian datang seruannya kepada kebaikan dan larangan dari kemungkaran, lalu ia selamat dari azab tersebut. 11. Dan aku melihat seorang lelaki dari kalangan umatku jatuh kedalam api neraka, kemudian datang tangisannya yang ditangisi semasa didunia disebabkan takut kepada Allah. 12. Dan aku melihat seorang lelaki dari kalangan umatku yang diberi lembarannya dari tangan kiri, kemudian datang perasaan takutnya lalu mengambil lembaran tersebut dan meletakkannya disebelah kanan. 13. Dan aku melihat seorang lelaki dari kalangan umatku ringan timbangannya, kemudian datang sifat berlebihannya, maka ia memberatkan timbangannya. 14. Dan aku melihat seorang lelaki dari kalangan umatku dibatasan api neraka, kemudian datang persaan gentarnya terhadap Allah SWT, maka dia terselamat. 15. Dan aku melihat seorang lelaki dari kalangan umatku gumuruh seperti gemuruhnya daun, kemudian datang sangka baiknya kepada Allah SWT, maka tenanglah gemuruhnya. 16. Dan aku melihat seorang lelaki dari kalangan umatku merangkak diatas titian Sirat sekali, menunduk sekali, kemudian datang selawatnya keatasku, kemudian ia mengambil lelaki tersebut mendirikannya diatas Sirat sehinggalah ia melepasinya. 17. Dan aku melihat seorang lelaki dari kalangan umatku berhenti di pintu syurga, lalu pintu-pintu tersebut tertutup tanpa dia masuk kedalamnya, kemudian datang lah penyaksiannya bahawa tiada tuhan melainkan Allah, lalu ia mengambil tangan lelaki tersebut maka masuklah kedalam syurga. [Al-Tabrani di dalam Al-Ahadith Al-Tuwal, Al-Dha’ifah, no 6745]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.