Sesungguhnya malam semalam aku melihat sesuatu yang ajaib

TEKS BAHASA ARAB

إني رأيت البارحة عجبا: 1 – رأيت رجلا من أمتي قد احتوشته ملائكة العذاب، فجاءه وضوءه؛ فاستنقذه من ذلك. 2 – ورأيت رجلا من أمتي قد بسط عليه عذاب القبر، فجاءته صلاته؛ فاستنقذته من ذلك. 3 – ورأيت رجلا من أمتي احتوشته الشياطين، فجاءه ذكر الله؛ فخلصه منهم. 4 – ورأيت رجلا من أمتي يلهث عطشا، فجاءه صيام رمضان؛ فسقاه. 5 – ورأيت رجلا من أمتي من بين يديه ظلمة، ومن خلفه ظلمة، وعن يمينه ظلمة، وعن شماله ظلمة، ومن فوقه ظلمة، ومن تحته ظلمة، فجاءته حجته وعمرته؛ فاستخرجاه من الظلمة. 6 – ورأيت رجلا من أمتي جاءه ملك الموت ليقبض روحه، فجاءه بره لوالديه؛ فرده عنه. 7 – ورأيت رجلا من أمتي يكلم المؤمنين ولا يكلمونه، فجاءته صلة الرحم؛ فقالت: إن هذا كان واصلا لرحمه. فكلمهم وكلموه وصار معهم. 8 – ورأيت رجلا من أمتي يأتي النبيين، وهم حلق حلق، كلما مر على حلقة طرد، فجاءه اغتساله من الجنابة، فأخذ بيده فأجلسه إلى جنبي. 9 – ورأيت رجلا من أمتي يتقي وهج النار بيديه عن وجهه، فجاءته صدقته، فصارت ظلا على رأسه، وسترا عن وجهه. 10 – ورأيت رجلا من أمتي، جاءته زبانية العذاب، فجاءه أمره بالمعروف ونهيه عن المنكر؛ فاستنقذه من ذلك. 11 – ورأيت رجلا من أمتي هوى في النار، فجاءته دموعه اللاتي بكى بها في الدنيا من خشية الله؛ فأخرجته من النار. 12 – ورأيت رجلا من أمتي قد هوت صحيفته إلى شماله، فجاءه خوفه من الله – تعالى -؛ فأخذ صحيفته فجعلها في يمينه. 13 – ورأيت رجلا من أمتي قد خف ميزانه، فجاءه أفراطه؛ فثقلوا ميزانه. 14 – ورأيت رجلا من أمتي على شفير جهنم، فجاءه وجله من الله – تعالى -؛ فاستنقذه من ذلك. 15 – ورأيت رجلا من أمتي يرعد كما ترعد السعفة، فجاءه حسن ظنه بالله – تعالى -؛ فسكن رعدته. 16 – ورأيت رجلا من أمتي يزحف على الصراط مرة، ويحبو مرة، فجاءته صلاته عليّ؛ فأخذت بيده فأقامته على الصراط حتى جاز. 17 – ورأيت رجلا من أمتي انتهى إلى أبواب الجنة، فغلقت الأبواب دونه، فجاءته شهادة أن لا إله إلاّ الله؛ فأخذت بيده، فأدخلته الجنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya malam semalam aku melihat sesuatu yang ajaib: 1- Aku melihat seorang lelaki daripada umatku yang telah dikelilingi oleh para malaikat azab, lalu wuduknya datang kepadanya, lalu ia menyelamatkan dia daripada hal yang demikian. 2- Aku juga melihat seorang lelaki daripada umatku yang dibentangkan kepadanya seksaan kubur, lalu solatnya datang kepadanya, lalu ia menyelamatkan dia daripada hal yang demikian. 3- Aku juga melihat seorang lelaki daripada umatku yang dikelilingi oleh syaitan-syaitan, lalu zikir kepada Allah datang kepadanya, lalu ia melepaskan dia daripada mereka. 4- Aku juga melihat seorang lelaki daripada umatku termengah-mengah kerana dahaga, lalu puasa Ramadan datang kepadanya, lalu ia memberi dia minum. 5- Aku juga melihat seorang lelaki daripada umatku, di hadapannya ada kegelapan, di belakangnya ada kegelapan, di sebelah kanannya ada kegelapan, di sebelah kirinya ada kegelapan, di atasnya ada kegelapan, di bawahnya ada kegelapan, lalu ibadah hajinya dan umrahnya datang kepadanya, lalu kedua-keduanya mengeluarkan dia dari kegelapan tersebut. 6- Aku juga melihat seorang lelaki daripada umatku, malaikat maut datang kepadanya untuk mengambil nyawanya, lalu kebaikannya kepada ibu bapanya datang kepadanya, lalu ia menolak (malaikat itu) daripadanya. 7- Aku juga melihat seorang lelaki daripada umatku bercakap dengan orang-orang Mukmin, tetapi mereka tidak bercakap dengannya, lalu hubungan silaturahim datang kepadanya lantas berkata: "Sesungguhnya dahulu dia ini seorang yang menyambung hubungan silaturahim. Lalu dia pun bercakap dengan mereka dan mereka juga bercakap dengannya, dan dia pun bersama dengan mereka. 8- Aku juga melihat seorang lelaki daripada umatku yang datang kepada para nabi dalam keadaan mereka (berada dalam) bulatan-bulatan halakah. Setiap kali dia melintasi satu bulatan halakah, dia diusir. Lalu mandi junubnya datang kepadanya, lalu ia mengambil tangannya dan mendudukkan dia disebelahku. 9- Aku juga melihat seorang lelaki daripada umatku yang melindungi mukanya daripada nyalaan api neraka dengan kedua-dua tangannya, lalu sedekahnya datang kepadanya, lalu ia menjadi peneduh di atas kepalanya dan penutup bagi mukanya. 10- Aku juga melihat seorang lelaki daripada umatku yang telah datang kepadanya malaikat Zabaniah (yang memberi) azab, lalu suruhannya kepada kebaikan dan pencegahannya daripada kemungkaran datang kepadanya, lalu ia menyelamatkan dia daripada hal yang demikian. 11- Aku juga melihat seorang lelaki daripada umatku yang jatuh ke dalam neraka, lalu air matanya yang dia tangisi di dunia kerana takut akan Allah datang kepadanya, lalu ia mengeluarkan dia dari api neraka. 12- Aku juga melihat seorang lelaki daripada umatku yang catatan amalannya jatuh pada sebelah kirinya, lalu ketakutannya akan Allah Taala datang kepadanya, lalu ia mengambil catatan amalannya dan meletakkannya di sebelah kanannya. 13- Aku juga melihat seorang lelaki daripada umatku yang ringan timbangannya, lalu ganjaran-ganjarannya datang kepadanya, lalu ia memberatkan timbangannya. 14- Aku juga melihat seorang lelaki daripada umatku berada di tebing api neraka, lalu kegerunannya kepada Allah Taala datang kepadanya, lalu ia menyelamatkan dia daripada hal yang demikian. 15- Aku juga melihat seorang lelaki daripada umatku menggigil seperti menggigilnya pelepah kurma, lalu sangkaan baiknya terhadap Allah Taala datang kepadanya, lalu ia menenangkan gigilannya. 16- Aku juga melihat seorang lelaki daripada umatku yang sesekali dia mengesot di atas titian sirat dan sesekali dia merangkak, lalu selawatnya kepadaku datang kepadanya, lalu ia mengambil tangannya lalu menjadikan dia berdiri di atas titian sirat sehinggalah dia lepas. 17- Aku juga melihat seorang lelaki daripada umatku yang sampai di pintu-pintu syurga, lalu pintu-pintu tersebut ditutup di hadapannya, lalu penyaksiannya bahawa tidak ada Tuhan yang layak disembah selain Allah datang kepadanya, lalu ia mengambil tangannya, llau ia memasukkannya ke dalam syurga.

STATUS

Sangat munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 371-372, hadis nombor 1975. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر جدا) عن عبد الرحمن بن سمرة – رضي الله عنه -، قال: قال ﷺ: «إني رأيت البارحة عجبا: 1 – رأيت رجلا من أمتي قد احتوشته ملائكة العذاب، فجاءه وضوءه؛ فاستنقذه من ذلك. 2 – ورأيت رجلا من أمتي قد بسط عليه عذاب القبر، فجاءته صلاته؛ فاستنقذته من ذلك. 3 – ورأيت رجلا من أمتي احتوشته الشياطين، فجاءه ذكر الله؛ فخلصه منهم. 4 – ورأيت رجلا من أمتي يلهث عطشا، فجاءه صيام رمضان؛ فسقاه. 5 – ورأيت رجلا من أمتي من بين يديه ظلمة، ومن خلفه ظلمة، وعن يمينه ظلمة، وعن شماله ظلمة، ومن فوقه ظلمة، ومن تحته ظلمة، فجاءته حجته وعمرته؛ فاستخرجاه من الظلمة. 6 – ورأيت رجلا من أمتي جاءه ملك الموت ليقبض روحه، فجاءه بره لوالديه؛ فرده عنه. 7 – ورأيت رجلا من أمتي يكلم المؤمنين ولا يكلمونه، فجاءته صلة الرحم؛ فقالت: إن هذا كان واصلا لرحمه. فكلمهم وكلموه وصار معهم. 8 – ورأيت رجلا من أمتي يأتي النبيين، وهم حلق حلق، كلما مر على حلقة طرد، فجاءه اغتساله من الجنابة، فأخذ بيده فأجلسه إلى جنبي. 9 – ورأيت رجلا من أمتي يتقي وهج النار بيديه عن وجهه، فجاءته صدقته، فصارت ظلا على رأسه، وسترا عن وجهه. 10 – ورأيت رجلا من أمتي، جاءته زبانية العذاب، فجاءه أمره بالمعروف ونهيه عن المنكر؛ فاستنقذه من ذلك. 11 – ورأيت رجلا من أمتي هوى في النار، فجاءته دموعه اللاتي بكى بها في الدنيا من خشية الله؛ فأخرجته من النار. 12 – ورأيت رجلا من أمتي قد هوت صحيفته إلى شماله، فجاءه خوفه من الله – تعالى -؛ فأخذ صحيفته فجعلها في يمينه. 13 – ورأيت رجلا من أمتي قد خف ميزانه، فجاءه أفراطه؛ فثقلوا ميزانه. 14 – ورأيت رجلا من أمتي على شفير جهنم، فجاءه وجله من الله – تعالى -؛ فاستنقذه من ذلك. 15 – ورأيت رجلا من أمتي يرعد كما ترعد السعفة، فجاءه حسن ظنه بالله – تعالى -؛ فسكن رعدته. 16 – ورأيت رجلا من أمتي يزحف على الصراط مرة، ويحبو مرة، فجاءته صلاته عليّ؛ فأخذت بيده فأقامته على الصراط حتى جاز. 17 – ورأيت رجلا من أمتي انتهى إلى أبواب الجنة، فغلقت الأبواب دونه، فجاءته شهادة أن لا إله إلاّ الله؛ فأخذت بيده، فأدخلته الجنة». [الطبراني في «الأحاديث الطوال»، «الضعيفة» (7129)].

(Sangat Munkar) Daripada Abdul Rahman bin Samurah RA, beliau berkata: Baginda ﷺ bersabda:
"Sesungguhnya malam semalam aku melihat sesuatu yang ajaib: 1- Aku melihat seorang lelaki daripada umatku yang telah dikelilingi oleh para malaikat azab, lalu wuduknya datang kepadanya, lalu ia menyelamatkan dia daripada hal yang demikian. 2- Aku juga melihat seorang lelaki daripada umatku yang dibentangkan kepadanya seksaan kubur, lalu solatnya datang kepadanya, lalu ia menyelamatkan dia daripada hal yang demikian. 3- Aku juga melihat seorang lelaki daripada umatku yang dikelilingi oleh syaitan-syaitan, lalu zikir kepada Allah datang kepadanya, lalu ia melepaskan dia daripada mereka. 4- Aku juga melihat seorang lelaki daripada umatku termengah-mengah kerana dahaga, lalu puasa Ramadan datang kepadanya, lalu ia memberi dia minum. 5- Aku juga melihat seorang lelaki daripada umatku, di hadapannya ada kegelapan, di belakangnya ada kegelapan, di sebelah kanannya ada kegelapan, di sebelah kirinya ada kegelapan, di atasnya ada kegelapan, di bawahnya ada kegelapan, lalu ibadah hajinya dan umrahnya datang kepadanya, lalu kedua-keduanya mengeluarkan dia dari kegelapan tersebut. 6- Aku juga melihat seorang lelaki daripada umatku, malaikat maut datang kepadanya untuk mengambil nyawanya, lalu kebaikannya kepada ibu bapanya datang kepadanya, lalu ia menolak (malaikat itu) daripadanya. 7- Aku juga melihat seorang lelaki daripada umatku bercakap dengan orang-orang Mukmin, tetapi mereka tidak bercakap dengannya, lalu hubungan silaturahim datang kepadanya lantas berkata: "Sesungguhnya dahulu dia ini seorang yang menyambung hubungan silaturahim. Lalu dia pun bercakap dengan mereka dan mereka juga bercakap dengannya, dan dia pun bersama dengan mereka. 8- Aku juga melihat seorang lelaki daripada umatku yang datang kepada para nabi dalam keadaan mereka (berada dalam) bulatan-bulatan halakah. Setiap kali dia melintasi satu bulatan halakah, dia diusir. Lalu mandi junubnya datang kepadanya, lalu ia mengambil tangannya dan mendudukkan dia disebelahku. 9- Aku juga melihat seorang lelaki daripada umatku yang melindungi mukanya daripada nyalaan api neraka dengan kedua-dua tangannya, lalu sedekahnya datang kepadanya, lalu ia menjadi peneduh di atas kepalanya dan penutup bagi mukanya. 10- Aku juga melihat seorang lelaki daripada umatku yang telah datang kepadanya malaikat Zabaniah (yang memberi) azab, lalu suruhannya kepada kebaikan dan pencegahannya daripada kemungkaran datang kepadanya, lalu ia menyelamatkan dia daripada hal yang demikian. 11- Aku juga melihat seorang lelaki daripada umatku yang jatuh ke dalam neraka, lalu air matanya yang dia tangisi di dunia kerana takut akan Allah datang kepadanya, lalu ia mengeluarkan dia dari api neraka. 12- Aku juga melihat seorang lelaki daripada umatku yang catatan amalannya jatuh pada sebelah kirinya, lalu ketakutannya akan Allah Taala datang kepadanya, lalu ia mengambil catatan amalannya dan meletakkannya di sebelah kanannya. 13- Aku juga melihat seorang lelaki daripada umatku yang ringan timbangannya, lalu ganjaran-ganjarannya datang kepadanya, lalu ia memberatkan timbangannya. 14- Aku juga melihat seorang lelaki daripada umatku berada di tebing api neraka, lalu kegerunannya kepada Allah Taala datang kepadanya, lalu ia menyelamatkan dia daripada hal yang demikian. 15- Aku juga melihat seorang lelaki daripada umatku menggigil seperti menggigilnya pelepah kurma, lalu sangkaan baiknya terhadap Allah Taala datang kepadanya, lalu ia menenangkan gigilannya. 16- Aku juga melihat seorang lelaki daripada umatku yang sesekali dia mengesot di atas titian sirat dan sesekali dia merangkak, lalu selawatnya kepadaku datang kepadanya, lalu ia mengambil tangannya lalu menjadikan dia berdiri di atas titian sirat sehinggalah dia lepas. 17- Aku juga melihat seorang lelaki daripada umatku yang sampai di pintu-pintu syurga, lalu pintu-pintu tersebut ditutup di hadapannya, lalu penyaksiannya bahawa tidak ada Tuhan yang layak disembah selain Allah datang kepadanya, lalu ia mengambil tangannya, llau ia memasukkannya ke dalam syurga". [Riwayat al-Tabarani dalam al-Ahadith al-Tiwal. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 7129].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs