Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya malaikat yang turut serta dalam peperangan Badar memiliki kelebihan

Teks Bahasa Arab

إنَّ للملائِكَةِ الَّذينَ شَهِدوا بدرًا لفَضلًا علَى مَن تخلَّفَ منهُم.

Teks Bahasa Melayu

Sesungguhnya malaikat yang turut serta dalam peperangan Badar memiliki kelebihan berbanding malaikat yang tidak menyertainya.

Sahabat Perawi

  1. Rafi‘ bin Khudaij RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1074, hadis no. 5471. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن رفيع بن خديج رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إن للملائكة الذين شهدوا بدرًا لفضلًا على من تخلف منهم. [طب، الضعيفة (5888)]

(Munkar) Daripada Rafi‘ bin Khudaij RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya malaikat yang turut serta dalam peperangan Badar memiliki kelebihan berbanding malaikat yang tidak menyertainya. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Dha'ifah no. 5888]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.