Sesungguhnya Malaikat sentiasa mendoakan salah seorang daripada kalian selagi mana hidangannya dibentangkan di atas lantai

TEKS BAHASA ARAB

إن الملائكة لا تزال تصلي على أحدكم ما دامت مائدته موضوعة

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Malaikat sentiasa mendoakan salah seorang daripada kalian selagi mana hidangannya dibentangkan di atas lantai.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 903-904, hadis nombor 4629. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عائشة رضي الله عنها قالت: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إن الملائكة لا تزال تصلي على أحدكم ما دامت مائدته موضوعة. [طس, هق, الضعيفة (7107)]

(Lemah) Daripada ‘Aisyah RA, beliau berkata bahawa Nabi SAW bersabda: Sesungguhnya Malaikat sentiasa mendoakan salah seorang daripada kalian selagi mana hidangannya dibentangkan di atas lantai. [Al-Tabrani di dalam Al-Mu”jam Awsat, Al-Baihaqi di dalam Syu’ab Al-Iman, Al-Dha’ifah no 7107].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs