Sesungguhnya Malaikat memandikan Adam dengan air dan bidara lalu mengkafankannya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إن آدم غسلته الملائكة بماء وسدر، وكفنوه، وألحدوا له ودفنوه، وقالوا: هذه سنتكم يا بني آدم في موتاكم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Malaikat memandikan Adam dengan air dan bidara lalu mengkafankannya, letakkannya di dalam liang lahad dan kebumikannya. Dan mereka berkata: Inilah sunnah kamu wahai keturunan Adam terhadap orang-orang yang mati daripada kalangan kamu.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1733, hadis nombor 8719. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي بن كعب -رضي الله عنه- مرفوعا: ((إن آدم غسلته الملائكة بماء وسدر، وكفنوه، وألحدوا له ودفنوه، وقالوا: هذه سنتكم يا بني آدم في موتاكم.)) [طس، ((الضعيفة)) (3010)].

(Lemah)
Daripada Ubai bin Ka’ab secara marfu’- disandarkan kepada Nabi SAW: ((Sesungguhnya Malaikat memandikan Adam dengan air dan bidara lalu mengkafankannya, letakkannya di dalam liang lahad dan kebumikannya. Dan mereka berkata: Inilah sunnah kamu wahai keturunan Adam terhadap orang-orang yang mati daripada kalangan kamu.))
Riwayat al-Tabarani dalam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 3010].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.