Sesungguhnya malaikat Jibril AS telah berjanji kepadaku untuk datang menemuiku

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إن جبريل عليه السلام وعدني أن يأتيني، ولم يأتني منذ ثلاث. قال: فإذا كلب، قال أسامة: فوضعت يدي على رأسي فصحت! فقال: ما لك يا أسامة؟! فقلت: كلب! فأمر به النبي ﷺ فقتل، ثم أتاه جبريل فقال: ما لك لم تأتني، وكنت إذا وعدتني؛ لم تخلفني؟! فقال: إنا لا ندخل بيتا فيه كلب ولا تصاوير.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya malaikat Jibril AS telah berjanji kepadaku untuk datang menemuiku. Tetapi beliau tidak datang semenjak tiga (hari).” Usamah RA berkata: Ttiba-tiba ada seekor anjing. Usamah RA berkata: Lalu aku meletakkan kedua-dua tanganku di atas kepalaku lantas aku menjerit. Baginda ﷺ pun bertanya: “Ada apa denganmu wahai Usamah?” Maka aku menjawab: “Anjing!” Lalu Nabi ﷺ memberi arahan, lalu ia dibunuh. Kemudian malaikat Jibril AS mendatangi Baginda, lalu Baginda bertanya: “Ada apa denganmu, kamu tidak datang kepadaku. Sedangkan apabila kamu berjanji kepadaku, kamu tidak pernah memungkirinya?” Malaikat Jibril AS menjawab: “Sesungguhnya kami tidak masuk ke dalam rumah yang di dalamnya ada anjing atau gambar-gambar”.

STATUS

Sangat lemah dengan konteks ini, selain ucapan Jibril

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 435, hadis nombor 2339. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا بهذ ا السياق، دون قول جبريل) عن أسامة، قال: دخلت على النبي ﷺ وعليه الكآبة، فقلت: ما لك يا رسول الله! فقال: «إن جبريل عليه السلام وعدني أن يأتيني، ولم يأتني منذ ثلاث. قال: فإذا كلب، قال أسامة: فوضعت يدي على رأسي فصحت! فقال: ما لك يا أسامة؟! فقلت: كلب! فأمر به النبي ﷺ فقتل، ثم أتاه جبريل فقال: ما لك لم تأتني، وكنت إذا وعدتني؛ لم تخلفني؟! فقال: إنا لا ندخل بيتا فيه كلب ولا تصاوير». [طب، «الضعيفة» (6778)].

(Sangat Lemah Dengan Konteks Ini, Selain Ucapan Jibril) Daripada Usamah RA, beliau berkata: “Aku bertemu Nabi ﷺ dalam keadaan Baginda berduka. Maka aku berkata: “Ada apa denganmu wahai Rasulullah?” Baginda bersabda: "Sesungguhnya malaikat Jibril AS telah berjanji kepadaku untuk datang menemuiku. Tetapi beliau tidak datang semenjak tiga (hari).” Usamah RA berkata: Tiba-tiba ada seekor anjing. Usamah RA berkata: Lalu aku meletakkan kedua-dua tanganku di atas kepalaku lantas aku menjerit. Baginda ﷺ pun bertanya: “Ada apa denganmu wahai Usamah?” Maka aku menjawab: “Anjing!” Lalu Nabi ﷺ memberi arahan, lalu ia dibunuh. Kemudian malaikat Jibril AS mendatangi Baginda, lalu Baginda bertanya: “Ada apa denganmu, kamu tidak datang kepadaku. Sedangkan apabila kamu berjanji kepadaku, kamu tidak pernah memungkirinya?” Malaikat Jibril AS menjawab: “Sesungguhnya kami tidak masuk ke dalam rumah yang di dalamnya ada anjing atau gambar-gambar”. [Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6778].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.