Sangat lemah dengan konteks ini, selain ucapan Jibril
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إِنَّ جبريلَ عليهِ السلامُ وَعَدَنِي أن يأتيَني، ولم يأتِني منذ ثلاثٍ. قال: فإذا كلبٌ، قال أسامةُ: فوضعتُ يدي على رأسي فَصِحْتُ! فقال: ما لكَ يا أسامةُ؟! فقلتُ: كلبٌ! فأمرَ بهِ النبيُّ ﷺ فقُتِلَ، ثم أتاهُ جبريلَ فقالَ: ما لكَ لم تأتني، وكنتَ إذا وَعَدْتَنِي؛ لم تَخْلُفْنِي؟َ! فقال: إنَّا لا ندخلُ بيتًا فيه كلبٌ ولا تصاويرُ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya malaikat Jibril AS telah berjanji kepadaku untuk datang menemuiku. Tetapi beliau tidak datang semenjak tiga (hari).” Usamah RA berkata: Ttiba-tiba ada seekor anjing. Usamah RA berkata: Lalu aku meletakkan kedua-dua tanganku di atas kepalaku lantas aku menjerit. Baginda ﷺ pun bertanya: “Ada apa denganmu wahai Usamah?” Maka aku menjawab: “Anjing!” Lalu Nabi ﷺ memberi arahan, lalu ia dibunuh. Kemudian malaikat Jibril AS mendatangi Baginda, lalu Baginda bertanya: “Ada apa denganmu, kamu tidak datang kepadaku. Sedangkan apabila kamu berjanji kepadaku, kamu tidak pernah memungkirinya?” Malaikat Jibril AS menjawab: “Sesungguhnya kami tidak masuk ke dalam rumah yang di dalamnya ada anjing atau gambar-gambar”.
Sahabat Perawi
- Usamah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah dengan konteks ini, selain ucapan Jibril
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 435, hadis no. 2339. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Sangat Lemah Dengan Konteks Ini, Selain Ucapan Jibril) Daripada Usamah RA, beliau berkata: “Aku bertemu Nabi ﷺ dalam keadaan Baginda berduka. Maka aku berkata: “Ada apa denganmu wahai Rasulullah?” Baginda bersabda: "Sesungguhnya malaikat Jibril AS telah berjanji kepadaku untuk datang menemuiku. Tetapi beliau tidak datang semenjak tiga (hari).” Usamah RA berkata: Tiba-tiba ada seekor anjing. Usamah RA berkata: Lalu aku meletakkan kedua-dua tanganku di atas kepalaku lantas aku menjerit. Baginda ﷺ pun bertanya: “Ada apa denganmu wahai Usamah?” Maka aku menjawab: “Anjing!” Lalu Nabi ﷺ memberi arahan, lalu ia dibunuh. Kemudian malaikat Jibril AS mendatangi Baginda, lalu Baginda bertanya: “Ada apa denganmu, kamu tidak datang kepadaku. Sedangkan apabila kamu berjanji kepadaku, kamu tidak pernah memungkirinya?” Malaikat Jibril AS menjawab: “Sesungguhnya kami tidak masuk ke dalam rumah yang di dalamnya ada anjing atau gambar-gambar”. [Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6778].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman