Sesungguhnya malaikat akan bersalaman dengan para jemaah haji yang menaiki kenderaan

TEKS BAHASA ARAB

إن الملائكة لتصافح ركاب الحجاج، وتعتنق المشاة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya malaikat akan bersalaman dengan para jemaah haji yang menaiki kenderaan dan berpelukan dengan yang datang berjalan kaki.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 754, hadis nombor 3857. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن عائشة -رضي الله عنها- قالت: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((إن الملائكة لتصافح ركاب الحجاج، وتعتنق المشاة)).
[هب، ((الضعيفة)) (5961)]

(Palsu) Daripada Aisyah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya malaikat akan bersalaman dengan para jemaah haji yang menaiki kenderaan dan berpelukan dengan yang datang berjalan kaki.
[Riwayat al-Baihaqi dalam Syu'ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5961]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs