Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنّ الملائِكةَ لتصافحُ رُكَّابَ الحجَّاجِ، وتعتنقُ المشاةَ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya malaikat akan bersalaman dengan para jemaah haji yang menaiki kenderaan dan berpelukan dengan yang datang berjalan kaki.
Sahabat Perawi
- ‘Aishah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 754, hadis no. 3857. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن عائشة -رضي الله عنها- قالت: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((إن الملائكة لتصافح ركاب الحجاج، وتعتنق المشاة)). [هب، ((الضعيفة)) (5961)]
(Palsu) Daripada Aisyah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya malaikat akan bersalaman dengan para jemaah haji yang menaiki kenderaan dan berpelukan dengan yang datang berjalan kaki. [Riwayat al-Baihaqi dalam Syu'ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5961]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman