Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ العشرَ: عشرُ الأضحَى، والوترُ: يومُ عرفةَ، والشفعُ: يومُ النحرِ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya maksud al-'Asyr adalah 10 al-Adha, maksud al-Watr adalah hari Arafah, dan maksud al-Shaf' adalah hari korban.
Sahabat Perawi
- Jabir RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1468, hadis no. 7477. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن جابر - رضي الله عنه - مرفوعا: ((إن العشر: عشر الأضحى، والوتر: يوم عرفة، والشفع: يوم النحر)). [حم، البزار، ابن جرير، ((الضعيفة)) (3938)]
(Munkar) Daripada Jabir RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya maksud al-'Asyr adalah 10 al-Adha, maksud al-Watr adalah hari Arafah, dan maksud al-Shaf' adalah hari korban. [Riwayat Aḥmad bin Ḥanbal dalam Musnadnya, al-Bazzar dan Ibn Jarir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3938]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman