Sesungguhnya makhluk yang paling dicintai Allah Azza wa jalla adalah seorang remaja

TEKS BAHASA ARAB

إن أحب الخلائق إلى الله عز وجل شاب حدث السن في صورة حسنة، جعل شبابه وجماله لله، وفي طاعة الله، ذلك الذي يباهي به الرحمن ملائكته؛ يقول الله: هذا عبدي حقا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya makhluk yang paling dicintai Allah Azza wa jalla adalah seorang remaja yang masih muda umurnya dan mempunyai rupa paras yang baik, lalu dia jadikan usia remaja dan keindahan rupanya untuk Allah dan mentaati Allah. Orang inilah yang Allah banggakan dengannya dalam kalangan para malaikat-Nya. Allah berkata: Inilah hambaku yang sebenar.

STATUS

Batil

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2052, hadis nombor 10319. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(باطل)
عن عبد الله بن مسعود –رضي الله عنهما-، قال: قال رسول الله ﷺ: إن أحب الخلائق إلى الله عز وجل شاب حدث السن في صورة حسنة، جعل شبابه وجماله لله، وفي طاعة الله، ذلك الذي يباهي به الرحمن ملائكته؛ يقول الله: هذا عبدي حقا.
[((الضعيفة)) (6299)]

(Batil)
Daripada ‘Abdullah bin Mas‘ud RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya makhluk yang paling dicintai Allah Azza wa jalla adalah seorang remaja yang masih muda umurnya dan mempunyai rupa paras yang baik, lalu dia jadikan usia remaja dan keindahan rupanya untuk Allah dan mentaati Allah. Orang inilah yang Allah banggakan dengannya dalam kalangan para malaikat-Nya. Allah berkata: Inilah hambaku yang sebenar.
[Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 6299]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs