Batil
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ أحبَّ الخلائقِ إلى اللهِ عزَّ وجلَّ شابٌّ حدَثُ السنِّ في صورةٍ حسنةٍ، جعل شبابَه وجمالَه للهِ، وفي طاعةِ اللهِ، ذلك الذي يُباهي به الرحمنُ ملائكتَه؛ يقول اللهُ: هذا عبدي حقًّا.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya makhluk yang paling dicintai Allah Azza wa jalla adalah seorang remaja yang masih muda umurnya dan mempunyai rupa paras yang baik, lalu dia jadikan usia remaja dan keindahan rupanya untuk Allah dan mentaati Allah. Orang inilah yang Allah banggakan dengannya dalam kalangan para malaikat-Nya. Allah berkata: Inilah hambaku yang sebenar.
Sahabat Perawi
- ‘Abdullah bin Mas‘ud RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Batil
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2052, hadis no. 10319. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(باطل) عن عبد الله بن مسعود - رضي الله عنهما -، قال: قال رسول الله ﷺ: إن أحب الخلائق إلى الله عز وجل شاب حدث السن في صورة حسنة، جعل شبابه وجماله لله، وفي طاعة الله، ذلك الذي يباهي به الرحمن ملائكته؛ يقول الله: هذا عبدي حقا. [((الضعيفة)) (6299)]
(Batil) Daripada ‘Abdullah bin Mas‘ud RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya makhluk yang paling dicintai Allah Azza wa jalla adalah seorang remaja yang masih muda umurnya dan mempunyai rupa paras yang baik, lalu dia jadikan usia remaja dan keindahan rupanya untuk Allah dan mentaati Allah. Orang inilah yang Allah banggakan dengannya dalam kalangan para malaikat-Nya. Allah berkata: Inilah hambaku yang sebenar. [Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 6299]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman