Sesungguhnya makanan kalian yang paling bersih adalah yang disentuh api

TEKS BAHASA ARAB

إن أطهر طعامكم لما مسته النار.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya makanan kalian yang paling bersih adalah yang disentuh api.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 399, hadis nombor 2136. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن الحسن بن علي – رضي الله عنهما – أنه دخل على رسول الله ﷺ بيت فاطمة، فناولته كتف شاة مطبوخة فأكلها، ثم قام يصلي، فأخذت ثيابه فقالت: ألا توضأ يا رسول الله؟ قال: مما يا بنية؟ قالت: قد أكلت مما مسته النار؟! قال: «إن أطهر طعامكم لما مسته النار». [طب، ع، «الضعيفة» (2991)].

(Lemah) Daripada al-Hasan bin ‘Ali RA, bahawa dia masuk bertemu dengan Rasulullah ﷺ di rumah Fatimah. Kemudian Fatimah memberikan baginda (daging) bahu kambing yang telah dimasak lalu baginda memakannya. Lalu baginda bangun menunaikan solat, lantas Fatimah memegang baju baginda seraya bertanya: "Adakah kamu tidak mengambil wuduk wahai Rasulullah?". Baginda membalas: "Untuk apa wahai anakku?". Fatimah berkata: "Kamu telah makan apa yang disentuh api (dimasak)!?". Sabda baginda: "Sesungguhnya makanan kalian yang paling bersih adalah yang disentuh api". [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir dan Abu Ya’la dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2991].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs