Sesungguhnya Madinah tidak akan elok melainkan dengan aku atau engkau

TEKS BAHASA ARAB

قال لعلي إن المدينة لا تصلح إلا بي أو بك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Madinah tidak akan elok melainkan dengan aku atau engkau.

STATUS

(Terdapat perawi bermasalah pada sanadnya)

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 97. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

سعد بن أبي وَقاص رَفعه «قَالَ لِعَلِيٍّ إِنَّ الْمَدِينَةَ لَا تَصْلُحُ إِلا بِي أَوْ بِكَ» فِيهِ حَفْص بن عمر كَذَّاب قلت صَححهُ الْحَاكِم من حَدِيث عَليّ لَكِن تعقبه الذَّهَبِيّ بِأَن فِي سَنَده عبد الله بن بكر مُنكر وَحَكِيم بن جُبَير ضَعِيف.

Daripada Sa’ad Bin Abu Waqas yang diriwayatkan secara marfu’: Maksudnya: “Nabi SAW bersabda kepada Ali: Sesungguhnya Madinah tidak akan elok melainkan dengan aku atau engkau.” Dalam sanadnya terdapat Hafs Bin Umar. Beliau adalah seorang pendusta. Saya katakan: al-Hakim menilainya sebagai sahih melalui hadith Ali akan tetapi al-Zahabi memberikan komentar bahawa dalam sanad tersebut terdapat Abdullah Bin Bakar. Beliau adalah perawi munkar manakala Hakim Bin Jubair adalah seorang perawi yang lemah.

RUJUKAN

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs