Terdapat perawi pendusta pada sanadnya
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
قَالَ لِعَلِيٍّ إِنَّ الْمَدِينَةَ لَا تَصْلُحُ إِلا بِي أَوْ بِكَ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya Madinah tidak akan elok melainkan dengan aku atau engkau.
Sahabat Perawi
- Sa’ad Bin Abu Waqas
Ulama/Pengkaji Hadis
- al-Fattanī (m. 986H)
Status
Terdapat perawi pendusta pada sanadnya
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 97. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
سعد بن أبي وَقاص رَفعه «قَالَ لِعَلِيٍّ إِنَّ الْمَدِينَةَ لَا تَصْلُحُ إِلا بِي أَوْ بِكَ» فِيهِ حَفْص بن عمر كَذَّاب قلت صَححهُ الْحَاكِم من حَدِيث عَليّ لَكِن تعقبه الذَّهَبِيّ بِأَن فِي سَنَده عبد الله بن بكر مُنكر وَحَكِيم بن جُبَير ضَعِيف.
Daripada Sa’ad Bin Abu Waqas yang diriwayatkan secara marfu’: Maksudnya: “Nabi SAW bersabda kepada Ali: Sesungguhnya Madinah tidak akan elok melainkan dengan aku atau engkau.” Dalam sanadnya terdapat Hafs Bin Umar. Beliau adalah seorang pendusta. Saya katakan: al-Hakim menilainya sebagai sahih melalui hadith Ali akan tetapi al-Zahabi memberikan komentar bahawa dalam sanad tersebut terdapat Abdullah Bin Bakar. Beliau adalah perawi munkar manakala Hakim Bin Jubair adalah seorang perawi yang daif.
Rujukan
Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī al-Fattanī. (1343). Taẓkirah al-Mawḍū’āt. Idārah al-Ṭibā‘ah al-Munīrah.
Makluman