Sesungguhnya Luqman al-Hakim pernah berkata: Sesungguhnya Allah jika dititipkan sesuatu, nescaya Dia akan menjaganya

TEKS BAHASA ARAB

إن لقمان الحكيم كان يقول: إن الله إذا استودع شيئا حفظه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Luqman al-Hakim pernah berkata: Sesungguhnya Allah jika dititipkan sesuatu, nescaya Dia akan menjaganya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 468, hadis nombor 2512. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عمر – رضي الله عنهما – مرفوعا: «إن لقمان الحكيم كان يقول: إن الله إذا استودع شيئا حفظه». [عبد بن حميد، حم، «الضعيفة» (3191)].

(Lemah) Daripada Ibn Umar RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): "Sesungguhnya Luqman al-Hakim pernah berkata: Sesungguhnya Allah jika dititipkan sesuatu, nescaya Dia akan menjaganya". [Riwayat ‘Abd bin Ḥumayd dalam al-Muntakhab min al-Musnad dan Aḥmad dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3191].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs