Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إِنَّ الرَّجُلَ لَيَقُومُ فِي الصَّلاةِ، فَيَدْعُو الدَّعْوَةَ، فَيُغْفَرُ لَهُ وَلِمَنْ وَرَاءَهُ مِنَ النَّاسِ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya lelaki yang bangun untuk solat lalu dia berdoa dengan satu doa. Maka akan diampunkan baginya dan siapa yang di belakangnya dari kalangan manusia.
Sahabat Perawi
- Abu Umamah
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1582, hadis no. 8004. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي أُمامة رضي الله عنه قال: قال -صلى الله عليه وسلم-: ((إِنَّ الرَّجُلَ لَيَقُومُ فِي الصَّلاةِ، فَيَدْعُو الدَّعْوَةَ، فَيُغْفَرُ لَهُ وَلِمَنْ وَرَاءَهُ مِنَ النَّاسِ)). [طب، ((الضعيفة)) (7072)].
(Lemah) Daripada Abi Umamah RA berkata: Telah berkata Rasulullah SAW: ((Sesungguhnya lelaki yang bangun untuk solat lalu dia berdoa dengan satu doa. Maka akan diampunkan baginya dan siapa yang di belakangnya daripada kalangan manusia.)) [Riwayat al-Tabarani dalam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 7072)].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman