TEKS BAHASA ARAB
إن الرجل من أهل الجنة ليزوج خمسمائة حوراء، وأربعة آلاف بكر، وثمانية آلاف ثيب، يعانق كل واحدة منهن مقدار عمره في الدنيا.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesungguhnya lelaki dalam kalangan ahli syurga akan dinikahkan dengan 500 bidadari yang cantik matanya, 4000 bidadari dara, dan 8000 bidadari janda. Dia akan memeluk setiap seorang bidadari itu dengan kadar umurnya di dunia.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2052, hadis nombor 10323. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر)
عن عبد الله بن أبي أوفى -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله ﷺ: إن الرجل من أهل الجنة ليزوج خمسمائة حوراء، وأربعة آلاف بكر، وثمانية آلاف ثيب، يعانق كل واحدة منهن مقدار عمره في الدنيا.
[البيهقي في ((البعث))، ((الضعيفة)) (6103)]
(Munkar)
Daripada ‘Abdullah bin Abu Aufa RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya lelaki dalam kalangan ahli syurga akan dinikahkan dengan 500 bidadari yang cantik matanya, 4000 bidadari dara, dan 8000 bidadari janda. Dia akan memeluk setiap seorang bidadari itu dengan kadar umurnya di dunia.
[Riwayat al-Baihaqi dalam al-Ba’ths. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 6103]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.