Sesungguhnya kursi-Nya meliputi langit dan bumi dan Dia bersemayam di atas ‘arasy itu

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

أتت امرأة النبي صلى الله عليه وسلم فقالت: ادع الله أن يدخلني الجنة، فعظم الرب عز وجل، ثم قال: " إن كرسيه وسع السماوات والأرض، وإنه يقعد عليه، ما يفضل منه مقدار أربع أصابع – ثم قال بأصابعه فجمعها – وإن له أطيطا كأطيط الرحل الجديد إذا ركب من ثقله


TEKS BAHASA MALAYSIA

Telah datang seorang perempuan kepada Nabi SAW dan dia berkata: Berdoalah kepada Allah supaya Dia memasukkan aku ke dalam syurga. Maka Baginda mengagungkan Allah Azza wa Jalla lalu berkata: Sesungguhnya kursi-Nya meliputi langit dan bumi dan Dia bersemayam di atas ‘arasy itu dan tiada beza daripadanya seperti kadar empat jari – sambil Baginda menunjukkan dengan jemarinya dan mengumpul jemarinya -. ‘Arasy itu mempunyi satu bunyi seperti bunyi tunggangan baru jika ditunggang padanya barang yang berat


STATUS

Munkar


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1660, hadis nombor 8381. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat ringkas tentang hadis ini yang terdapat dalam kitab ini:

Riwayat Ahmad al-Hamdani dalam Fityah Hawla al-Sifat, al-Dhiya’, al-Dashti dalam Ithbat al-Had.

Ia dinilai munkar oleh al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon