Classification icon

Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya kursi-Nya meliputi langit dan bumi dan Dia bersemayam di atas ‘arasy itu

Teks Bahasa Arab

أتت امرأة النبي صلى الله عليه وسلم فقالت: ادع الله أن يدخلني الجنة، فعظم الرب عز وجل، ثم قال: " إن كرسيه وسع السماوات والأرض، وإنه يقعد عليه، ما يفضل منه مقدار أربع أصابع - ثم قال بأصابعه فجمعها - وإن له أطيطا كأطيط الرحل الجديد إذا ركب من ثقله

Teks Bahasa Melayu

Telah datang seorang perempuan kepada Nabi SAW dan dia berkata: Berdoalah kepada Allah supaya Dia memasukkan aku ke dalam syurga. Maka Baginda mengagungkan Allah Azza wa Jalla lalu berkata: Sesungguhnya kursi-Nya meliputi langit dan bumi dan Dia bersemayam di atas ‘arasy itu dan tiada beza daripadanya seperti kadar empat jari - sambil Baginda menunjukkan dengan jemarinya dan mengumpul jemarinya -. ‘Arasy itu mempunyi satu bunyi seperti bunyi tunggangan baru jika ditunggang padanya barang yang berat

Sahabat Perawi

  1. Umar bin al-Khattab RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1660, hadis no. 8381. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

Riwayat Ahmad al-Hamdani dalam Fityah Hawla al-Sifat, al-Dhiya’, al-Dashti dalam Ithbat al-Had

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.