Sesungguhnya Kursi-Nya itu meliputi langit dan bumi dan sungguh Dia bersemayam di atasnya

TEKS BAHASA ARAB

إن كرسيه وسع السماوات والأرض، وإنه ليقعد عليه؛ فما يفضل منه إلا قدر أربع أصابع – ومد أصابعه الأربع -، وإن له أطيطا كأطيط الرحل [إذا ركب].

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Kursi-Nya itu meliputi langit dan bumi dan sungguh Dia bersemayam di atasnya, maka tidak ada lebihan daripadanya melainkan kadar empat jari – lantas baginda menghulurkan empat jari-jemarinya –. Sesungguhnya ia juga mempunyai suatu bunyi seperti bunyi pelana unta [apabila ditunggangi].

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 537, hadis nombor 2835. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منکر) عن عبد الله بن خليفة، قال: أتت امرأة إلى النبي ﷺ فقالت: ادع الله أن يدخلني الجنة. فعظم الرب، فقال: «إن كرسيه وسع السماوات والأرض، وإنه ليقعد عليه؛ فما يفضل منه إلا قدر أربع أصابع – ومد أصابعه الأربع -، وإن له أطيطا كأطيط الرحل [إذا ركب]». [الدارمي في «الرد على بشر المريسي»، عبد الله بن أحمد في «السنة»، خط، ابن الجوزي في «العلل»، «الضعيفة» (6329)].

(Munkar) Daripada Abdullah bin Khalīfah, beliau berkata: Seorang perempuan telah datang kepada Nabi ﷺ lalu berkata: “Mohonlah kepada Allah agar memasukkan diriku ke dalam syurga.” Maka baginda memuliakan Tuhan lantas bersabda: “Sesungguhnya Kursi-Nya itu meliputi langit dan bumi dan sungguh Dia bersemayam di atasnya, maka tidak ada lebihan daripadanya melainkan kadar empat jari – lantas baginda menghulurkan empat jari-jemarinya –. Sesungguhnya ia juga mempunyai suatu bunyi seperti bunyi pelana unta [apabila ditunggangi]”. [Riwayat al-Dārimī dalam al-Radd ‘alā Bishr al-Marīsī, ‘Abdullah bin Aḥmad dalam al-Sunnah, al-Khaṭīb al-Baghdādī dalam Tārīkh Baghdād dan Ibn al-Jawzī dalam al-‘Ilal. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6329].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs