Sesungguhnya Kursi Allah seluas langit dan bumi

TEKS BAHASA ARAB

إن كرسيه وسع السماوات والأرض، وإنه ليقعد عليه فما يفضل منه مقدار أربع أصابع -ثم قال بأصابعه فجمعها-؛ وإن له أطيطا كأطيط الرحل الجديد إذا ركب؛ من ثقله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Kursi Allah seluas langit dan bumi, dan Dia duduk diatasnya dan tidak tersisa daripadanya ruang kadar 4 batang jari sekali pun. Kemudian baginda berkata sambil menunjukkan jarinya yang dihimpunkan: Sesungguhnya baginya (yakni setiap jari tersebut) bunyi seperti bunyi binatang tunggangan baru (yang membawa muatan) apabila ia ditunggang (pertama kali), dek kerana menanggung beban terlalu berat.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 486, hadis nombor 2611. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن عبد الله بن خليفة، قال: أتت امرأة النبي ﷺ فقالت: ادع الله أن يدخلني الجنة فعظم الرب –تعالى- ذكره، ثم قال: ((إن كرسيه وسع السماوات والأرض، وإنه ليقعد عليه فما يفضل منه مقدار أربع أصابع -ثم قال بأصابعه فجمعها-؛ وإن له أطيطا كأطيط الرحل الجديد إذا ركب؛ من ثقله)). [ابن جرير، عبد الله بن أحمد في ((السنة))، ((الضعيفة)) (866، 4978)]

(Munkar)
Daripada Abdullah bin Khalifah berkata: Seorang wanita datang kepada Nabi SAW lalu berkata, "Berdoalah kepada Allah agar aku dapat masuk ke dalam syurga, lalu terserlah kemuliaan Allah melalui dek kerana disebut namaNya, kemudian Nabi SAW berkata: Sesungguhnya Kursi Allah seluas langit dan bumi, dan Dia duduk diatasnya dan tidak tersisa daripadanya ruang kadar 4 batang jari sekali pun. Kemudian baginda berkata sambil menunjukkan jarinya yang dihimpunkan: Sesungguhnya baginya (yakni setiap jari tersebut) bunyi seperti bunyi binatang tunggangan baru (yang membawa muatan) apabila ia ditunggang (pertama kali), dek kerana menanggung beban terlalu berat.
[Riwayat Ibnu Jarir, Abdullah bin Ahmad dalam as-Sunnah. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 866, 4978]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs