Sesungguhnya kucupan itu tidak membatalkan wuduk serta tidak membatalkan puasa

TEKS BAHASA ARAB

إن القبلة لا تنقض الوضوء، ولا تفطر الصائم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya kucupan tidak membatalkan wuduk serta tidak membatalkan puasa

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1190, hadis nombor 6032. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عائشة -رضي الله عنها-، أن رسول الله ﷺ قبلها وهو صائم وقال: «إن القبلة لا تنقض الوضوء، ولا تفطر الصائم». وقال: «يا حميراء إن في ديننا لسعة».[ابن راهوية، ((الضعيفة)) (999)].

(Lemah) Daripada ‘Aisyah RA bahawa Rasulullah SAW telah mengucup dirinya sedangkan baginda SAW dalam keadaan berpuasa. Lalu baginda bersabda: “Sesungguhnya kucupan tidak membatalkan wuduk serta tidak membatalkan puasa”. Baginda kemudian menyambung: “Wahai Humaira’, sesungguhnya dalam agama kita ada keluasan”. [Riwayat Ibn Rahuyah. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no: 999].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs