Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إن القُبْلَةَ لا تَنْقُضُ الوضوءَ، ولا تُفْطِرُ الصائمَ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya kucupan tidak membatalkan wuduk serta tidak membatalkan puasa
Sahabat Perawi
- ‘Aishah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1190, hadis no. 6032. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عائشة -رضي الله عنها-، أن رسول الله ﷺ قبلها وهو صائم وقال: «إن القبلة لا تنقض الوضوء، ولا تفطر الصائم». وقال: «يا حميراء إن في ديننا لسعة».[ابن راهوية، ((الضعيفة)) (999)].
(Lemah) Daripada ‘Aisyah RA bahawa Rasulullah SAW telah mengucup dirinya sedangkan baginda SAW dalam keadaan berpuasa. Lalu baginda bersabda: “Sesungguhnya kucupan tidak membatalkan wuduk serta tidak membatalkan puasa”. Baginda kemudian menyambung: “Wahai Humaira’, sesungguhnya dalam agama kita ada keluasan”. [Riwayat Ibn Rahuyah. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no: 999].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman