Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya kubur Ismail di dalam al-Hijir (Hijr al-Ismail)

Teks Bahasa Arab

إنَّ قبرَ إسماعيلَ في الحِجرِ.

Teks Bahasa Melayu

Sesungguhnya kubur Ismail di dalam al-Hijir (Hijr al-Ismail).

Sahabat Perawi

  1. ‘Aishah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1756, hadis no. 8845. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عائشة -رضي الله عنها- قالت: ((إن قبر إسماعيل في الحجر.)) [فر، أبو أحمد الحاكم في ((الكنى))، ((الضعيفة)) (5794)].

(Lemah) Daripada A'isyah RA beliau berkata: "Sesungguhnya kubur Ismail di dalam al-Hijir (Hijr al-Ismail)." [Riwayat al-Dailami dalam al-Firdaus dan Abu Ahmad al-Hakim dalam al-Kuna. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 5794].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.