Sesungguhnya kitab al-Quran ini diturunkan dengan kesedihan

TEKS BAHASA ARAB

إن هذا القرآن نزل بحزن فإذا قرأتموه فابكوا فإن لم تبكوا فتباكوا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya kitab al-Quran ini diturunkan dengan kesedihan. Sekiranya kalian membacanya, maka menangislah. Jika kalian tidak dapat menangis, maka berpura-puralah menangis.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2074, hadis nombor 10407. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن سعد بن مالك – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إن هذا القرآن نزل بحزن، فإذا قرأتموه، فابكوا، فإن لم تبكوا، فتباكوا.
[ه،ع، المزي، أبو العباس الأصم في ((حديثه))، هق، هب، ((الضعيفة)) (6511)]

(Lemah)
Daripada Sa‘ad bin Mālik RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya kitab al-Quran ini diturunkan dengan kesedihan. Sekiranya kalian membacanya, maka menangislah. Jika kalian tidak dapat menangis, maka berpura-puralah menangis.
[Riwayat Ibn Mājah dalam al-Sunan, Abū Ya’lā dalam al-Musnad, al-Mizzī dalam Tahżīb al-Kamāl, Abū al-‘Abbās al-Aṣam dalam Hadithnya, dan al-Baihaqī dalam al-Sunan al-Kubrā dan Syu‘ab al-Īmān. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6511]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs