Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ هذا القرآنَ نزلَ بحُزْنٍ فإذا قرأتموهُ فابكوا فإن لم تبكوا فتباكَوا.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya kitab al-Quran ini diturunkan dengan kesedihan. Sekiranya kalian membacanya, maka menangislah. Jika kalian tidak dapat menangis, maka berpura-puralah menangis.
Sahabat Perawi
- Saad bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2074, hadis no. 10407. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن سعد بن مالك رضي الله عنه ، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إن هذا القرآن نزل بحزن، فإذا قرأتموه، فابكوا، فإن لم تبكوا، فتباكوا. [ه،ع، المزي، أبو العباس الأصم في ((حديثه))، هق، هب، ((الضعيفة)) (6511)]
(Lemah) Daripada Sa‘ad bin Mālik RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya kitab al-Quran ini diturunkan dengan kesedihan. Sekiranya kalian membacanya, maka menangislah. Jika kalian tidak dapat menangis, maka berpura-puralah menangis. [Riwayat Ibn Mājah dalam al-Sunan, Abū Ya’lā dalam al-Musnad, al-Mizzī dalam Tahżīb al-Kamāl, Abū al-‘Abbās al-Aṣam dalam Hadithnya, dan al-Baihaqī dalam al-Sunan al-Kubrā dan Syu‘ab al-Īmān. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6511]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman