Sesungguhnya kita tidak beribadah kepada matahari dan juga bulan

TEKS BAHASA ARAB

إنا لا نعبد الشمس ولا القمر، ولكنا نعبد الله تبارك وتعالى.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya kita tidak beribadah kepada matahari dan juga bulan. Akan tetapi kita beribadah kepada Allah Tabaraka wa Ta’ala.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 288, hadis nombor 1510. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منکر) عن رفاعة بن الهرير، قال: حدثني جدي عن أبيه، قال: كنا مع النبي ﷺ في سفر، فنام عن الصبح حتى طلعت الشمس ففزع الناس، فقال النبي -عليه السلام-: «إنا لا نعبد الشمس ولا القمر، ولكنا نعبد الله -تبارك وتعالى-».
[عق ، «الضعينة» (4146)]

(Munkar) Daripada Rifa’ah bin al-Harir beliau berkata: Datukku menceritakan kepadaku, daripada bapanya, beliau berkata: Kami bersama dengan Nabi S.A.W. dalam satu permusafiran, lalu baginda tidur sehingga terlepas subuh dan matahari telah pun terbit. Lalu orang ramai pun berasa terkejut. Kemudian Nabi S.A.W. berkata: Sesungguhnya kita tidak beribadah kepada matahari dan juga bulan. Akan tetapi kita beribadah kepada Allah Tabaraka wa Ta’ala.
[Riwayat Al-Dhu’afa’ al-Kabir oleh al-‘Uqaili. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 4146]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs