Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنا لا نعبدُ الشمسَ ولا القمرَ، ولكنا نعبدُ اللهَ تبارك وتعالى.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya kita tidak beribadah kepada matahari dan juga bulan. Akan tetapi kita beribadah kepada Allah Tabaraka wa Ta’ala.
Sahabat Perawi
- Rifa’ah bin al-Harir
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 288, hadis no. 1510. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منکر) عن رفاعة بن الهرير، قال: حدثني جدي عن أبيه، قال: كنا مع النبي ﷺ في سفر، فنام عن الصبح حتى طلعت الشمس ففزع الناس، فقال النبي -عليه السلام-: «إنا لا نعبد الشمس ولا القمر، ولكنا نعبد الله -تبارك وتعالى-». [عق ، «الضعينة» (4146)]
(Munkar) Daripada Rifa’ah bin al-Harir beliau berkata: Datukku menceritakan kepadaku, daripada bapanya, beliau berkata: Kami bersama dengan Nabi SAW dalam satu permusafiran, lalu baginda tidur sehingga terlepas subuh dan matahari telah pun terbit. Lalu orang ramai pun berasa terkejut. Kemudian Nabi SAW berkata: Sesungguhnya kita tidak beribadah kepada matahari dan juga bulan. Akan tetapi kita beribadah kepada Allah Tabaraka wa Ta’ala. [Riwayat Al-Dhu’afa’ al-Kabir oleh al-‘Uqaili. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 4146]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman