Sesungguhnya kita adalah milik Allah

TEKS BAHASA ARAB

إنا لله وإنا إليه راجعون، أتاني جبريل آنفا، فقال: إنا لله وإنا إليه راجعون، فقلت: أجل إنا لله وإنا إليه راجعون، مم ذاك يا جبريل؟! فقال: إن أمتك مفتنة بعدك بقليل من الدهر غير كثير. فقلت: فتنة كفر أو فتنة ضلالة؟ قال: كل سيكون. فقلت: من أين ذاك وأنا تارك فيهم كتاب الله عز وجل؟! قال: بكتاب الله عز وجل يضلون، فأول ذلك من أمرائهم وقرائهم، تمنع الأمراء الحقوق، ويسأل الناس حقوقهم فلا يعطوها؛ فيغشوا ويقتتلوا، ويتبع القراء أهواء الأمراء؛ فيمدونهم في الغي ثم لا يقصرون. فقلت: يا جبريل! فبم يسلم ( الأصل: يسأل ) من سلم منهم؟ قال: بالكف والصبر؛ وإن أعطوا الذي لهم أخذوه، وإن منعوا تركوه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya kita adalah milik Allah dan kepada Allah kita akan kembali, kemudian datang kepadaku Malaikat Jibril, maka dia berkata: Sesungguhnya kita adalah milik Allah dan kepada Allah kita akan kembali. Aku berkata: Ya, sesungguhnya kita adalah milik Allah dan kepada Allah kita akan kembali, kerana apa itu, wahai Jibril?! Maka Jibril berkata: Sesungguhnya umat kamu diberi bencana selepas daripada kamu dalam masa singkat selepasmu. Maka aku bertanya: Bencana kufur atau bencana sesat? Jibril berkata: Semuanya terjadi. Aku bertanya: Dari mana datangnya perkara ini, padahal aku telah meninggalkan Kitab Allah yakni al-Quran kepada mereka?! Jibril berkata: Dengan Kitab Allah inilah mereka sesat, pada awalnya, hanya pembesar-pembesar dan pembaca al-Quran mereka yang sesat, kemudian mereka menghalang hak-hak manusia yang lain, ada yang meminta berkenaan hak ini tetapi mereka tidak diberikan dengannya, mereka juga dihalang dan saling berbunuhan. Para pembaca al-Quran mereka lebih mengikut hawa nafsu pemerintah mereka, dan mereka juga membantu para pembesar ini dalam kesesatan kemudian mereka tidak berhenti melakukannya. Lalu aku bertanya: Wahai Jibril! Jadi dengan apa orang yang selamat dalam kalangan mereka boleh selamat? Jibril berkata: Orang-orang yang menahan diri mereka dan orang-orang yang sabar, jika mereka diberikan dengan apa yang menjadi hak mereka, nescaya mereka akan ambil, dan jika mereka dihalang, nescaya mereka akan meninggalkannya.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2039 hadis nombor 10264. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا)
عن عمر بن الخطاب – رضي الله عنه -، قال: أخذ رسول الله ﷺ بلحيتي (كذا! ولعل الصواب: بلحيته) – وأنا أعرف الحزن في وجهه -، فقال: إنا لله وإنا إليه راجعون، أتاني جبريل آنفا، فقال: إنا لله وإنا إليه راجعون. فقلت: أجل، إنا لله وإنا إليه راجعون، مم ذاك يا جبريل؟! فقال: إن أمتك مفتتنة بعدك بقليل من الدهر غير كثير. فقلت: فتنة كفر أو فتنة ضلالة؟ قال: كل سيكون. فقلت من أين ذاك وأنا تارك فيهم كتاب الله – عز وجل -؟! قال: بكتاب الله – عز وجل – يضلون، فأول ذلك من أمرائهم وقرائهم، تمنع الأمراء الحقوق، ويسأل الناس حقوقهم فلا يعطوها، فيغشوا ويقتتلوا، ويتبع القراء أهواء الأمراء، فيمدونهم في الغي ثم لا يقصرون. فقلت: يا جبريل! فبم يسلم (الأصل: يسأل) من سلم منهم؟ قال: بالكف والصبر، إن أعطوا الذي لهم أخذوه، وإن منعوا تركوه.
[الفسوي، ((الضعيفة)) (5498)]

(Sangat Lemah)
Daripada Umar bin al-Khattab RA, beliau berkata: Rasulullah SAW telah mengambil janggutku (beginilah dan mungkin lafaz yang betul ialah: Janggutnya), dan aku tahu bahawa ada kesedihan di wajah baginda SAW, dan baginda bersabda: Sesungguhnya kita adalah milik Allah dan kepada Allah kita akan kembali, kemudian datang kepadaku Malaikat Jibril, maka dia berkata: Sesungguhnya kita adalah milik Allah dan kepada Allah kita akan kembali. Aku berkata: Ya, sesungguhnya kita adalah milik Allah dan kepada Allah kita akan kembali, kerana apa itu, wahai Jibril?! Maka Jibril berkata: Sesungguhnya umat kamu diberi bencana selepas daripada kamu dalam masa singkat selepasmu. Maka aku bertanya: Bencana kufur atau bencana sesat? Jibril berkata: Semuanya terjadi. Aku bertanya: Dari mana datangnya perkara ini, padahal aku telah meninggalkan Kitab Allah yakni al-Quran kepada mereka?! Jibril berkata: Dengan Kitab Allah inilah mereka sesat, pada awalnya, hanya pembesar-pembesar dan pembaca al-Quran mereka yang sesat, kemudian mereka menghalang hak-hak manusia yang lain, ada yang meminta berkenaan hak ini tetapi mereka tidak diberikan dengannya, mereka juga dihalang dan saling berbunuhan. Para pembaca al-Quran mereka lebih mengikut hawa nafsu pemerintah mereka, dan mereka juga membantu para pembesar ini dalam kesesatan kemudian mereka tidak berhenti melakukannya. Lalu aku bertanya: Wahai Jibril! Jadi dengan apa orang yang selamat dalam kalangan mereka boleh selamat? Jibril berkata: Orang-orang yang menahan diri mereka dan orang-orang yang sabar, jika mereka diberikan dengan apa yang menjadi hak mereka, nescaya mereka akan ambil, dan jika mereka dihalang, nescaya mereka akan meninggalkannya.
[Riwayat al-Fasawi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5498]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs