Sesungguhnya Khidir di laut dan Ilyasa’ di darat

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إن الخضر في البحر واليسع في البر يجتمعان كل ليلة عند الردم الذي بناه ذو القرنين بين الناس وبين يأجوج ومأجوج يحجان ويعتمران كل عام ويشربان من زمزم شربة تكفيهما إلى قابل.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Khidir di laut dan Ilyasa’ di darat. Kedua-duanya berkumpul pada setiap malam di tembok yang dibina oleh Zulqarnain yang menjadi penghalang antara manusia dan Ya’juj Ma’juj. Mereka berdua menunaikan haji dan umrah pada setiap tahun. Mereka minum air zam-zam yang mana ianya cukup untuk tahun hadapan.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1905 hadis nombor 9566. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن أنس – رضي الله -، قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: إن الخضر في البحر، واليسع في البر، يجتمعان كل ليلة عند الردم الذي بناه ذو القرنين بين الناس وبين يأجوج ومأجوج؛ يحجان ويعتمران كل عام، ويشربان من زمزم شربة تكفيهما إلى قابل.
[الحارث، ((الضعيفة)) (5529)]

(Palsu)
Daripada Anas RA. Beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya Khidir di laut dan Ilyasa’ di darat. Kedua-duanya berkumpul pada setiap malam di tembok yang dibina oleh Zulqarnain yang menjadi penghalang antara manusia dan Ya’juj Ma’juj. Mereka berdua menunaikan haji dan umrah pada setiap tahun. Mereka minum air zamzam yang mana ia cukup untuk tahun hadapan.
[Riwayat al-Harits. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5529]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.