Sesungguhnya hak orang mukmin ialah apa yang pemimpinnya berikan

TEKS BAHASA ARAB

نزلنا دابق وعلينا أبو عبيدة بن الجراح فبلغ حبيب بن مسلمة أن ابن (الأصل: بنت) صاحب (قبرس) خرج يريد طريق (أذربيجان) ومعه زمرد وياقوت ولؤلؤ وذهب وديباج. فخرج في خيل فقتله، وجاء بما معه، فأراد أبو عبيدة أن يخمسه, فقال حبيب: لا تحرمني رزقا زرقني الله، فإن رسول الله ﷺ جعل السلب للقاتل, فقال معاذ: مهلا يا حبيب! إني سمعت رسول الله ﷺ يقول: «إنما للمرء ما طابت به نفس إمامه

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kami singgah di Dabiq dan kami diketuai oleh Abu Ubaidah al-Jarrah RA. Kemudian berita sampai kepada Habib bin Maslamah bahawa anak lelaki (naskhah asal: anak perempuan) pemerintah Qubrus keluar ke arah jalan menuju ke Azerbaijan, dan bersama-samanya ada batu zamrud, permata, mutiara, emas dan sutera. Lalu Habib keluar dengan kudanya lalu membunuh anak pemerintah Qubrus itu. Kemudian Habib datang bersama-sama barang yang diambilnya, lalu Abu Ubaidah mahu membahagikan harta tersebut. Maka Habib berkata: Janganlah kamu mengharamkan aku daripada rezeki yang telah Allah kurniakan kepadaku ini. Sesungguhnya Rasulullah SAW telah menetapkan bahawa barang yang dirampas itu ialah hak orang yang membunuhnya. Mu’az berkata: Sebentar wahai Habib! Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya hak orang mukmin ialah apa yang pemimpinnya berikan.

STATUS

Sangat Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1015, hadis nombor 5224. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن جنادة بن أبي أمية رضي الله عنه قال: نزلنا دابق وعلينا أبو عبيدة بن الجراح فبلغ حبيب بن مسلمة أن ابن (الأصل: بنت) صاحب قبرس خرج يريد طريق أذربيجان ومعه زمرد وياقوت ولؤلؤ وذهب وديباج. فخرج في خيل فقتله وجاء بما معه فأراد أبو عبيدة أن يخمسه,فقال حبيب: لا تحرمني رزقا زرقني الله فإن رسول الله ﷺ جعل السلب للقاتل فقال معاذ: مهلا يا حبيب إني سمعت رسول الله ﷺ يقول: إنما للمرء ما طابت به نفس إمامه. [طب, طس, ابن عساكر, الضعيفة (5853)]

(Sangat lemah) Daripada Junadah bin Abi Umayyah RA, beliau berkata: Kami singgah di Dabiq dan kami diketuai oleh Abu Ubaidah al-Jarrah RA. Kemudian berita sampai kepada Habib bin Maslamah bahawa anak lelaki (naskhah asal: anak perempuan) pemerintah Qubrus keluar ke arah jalan menuju ke Azerbaijan, dan bersama-samanya ada batu zamrud, permata, mutiara, emas dan sutera. Lalu Habib keluar dengan kudanya lalu membunuh anak pemerintah Qubrus itu. Kemudian Habib datang bersama-sama barang yang diambilnya, lalu Abu Ubaidah mahu membahagikan harta tersebut. Maka Habib berkata: Janganlah kamu mengharamkan aku daripada rezeki yang telah Allah kurniakan kepadaku ini. Sesungguhnya Rasulullah SAW telah menetapkan bahawa barang yang dirampas itu ialah hak orang yang membunuhnya. Mu’az berkata: Sebentar wahai Habib! Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya hak orang mukmin ialah apa yang pemimpinnya berikan. [Riwayat Al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir dan al-Mu’jam al-Awsat, Ibn ‘Asakir dalam Tarikh Dimashq. Lihat Silsilah al-Dha’ifah no. 5853]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.