TEKS BAHASA ARAB
حديث: إن الله لما أخذ ميثاق النبيين، أخذ ميثاقك، وأنت في صلب آدم، فجعلك سيد الأنبياء، وجعل وصيك سيد الأوصياء.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: Sesungguhnya ketika Allah mengikat perjanjian dengan para Nabi, Dia telah mengikat perjanjian dengan kamu sedang kamu masih berada dalam sulbi Adam. Lalu dia menjadikan kamu penghulu para Nabi, dan pewaris kamu adalah penghulu para pewaris.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 383, hadis nombor 101. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
قال الدارقطني: موضوع.
al-Daraqutni berkata: Palsu.
RUJUKAN
Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.