Classification icon

Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya ketika Allah mengikat perjanjian dengan para Nabi, Dia telah mengikat perjanjian dengan kamu sedang kamu masih berada dalam sulbi Adam

Teks Bahasa Arab

حديث: إِنَّ اللَّهَ لَمَّا أَخَذَ مِيثَاقَ النَّبِيِّينَ، أَخَذَ مِيثَاقَكَ، وَأَنْتَ فِي صُلْبِ آدَمَ، فَجَعَلَكَ سَيِّدَ الأَنْبِيَاءِ، وَجَعَلَ وَصَيَّكَ سَيِّدَ الأَوْصِيَاءِ.

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Sesungguhnya ketika Allah mengikat perjanjian dengan para Nabi, Dia telah mengikat perjanjian dengan kamu sedang kamu masih berada dalam sulbi Adam. Lalu dia menjadikan kamu penghulu para Nabi, dan pewaris kamu adalah penghulu para pewaris.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 383, hadis no. 101. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال الدارقطني: موضوع.

al-Daraqutni berkata: Palsu.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.