Sesungguhnya ketika Allah mencipta Adam dan Hawa, mereka berdua berjalan dengan megah di syurga

TEKS BAHASA ARAB

حديث: إن الله لما خلق آدم وحواء تبخترا في الجنة، وقالا: ما خلق الله خلقا أحسن منا، فبينما هما كذلك إذ هما بصورة جارية لم ير الراءون أحسن منها، لها نور شعشعاني يكاد يطفئ الأبصار، على رأسها تاج، وفي أذنيها قرطان. فقال: يا رب ما هذه الجارية؟ فقال: صورة فاطمة بنت محمد سيد ولدك. فقالا: ما هذا التاج على رأسها؟ قال: بعلها علي بن أبي طالب. قالا: فما هذان القرطان؟ قال ابناها الحسن والحسين، وجد ذلك في غامض علمي قبل أن أخلقك بألفي عام.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Sesungguhnya ketika Allah mencipta Adam dan Hawa, mereka berdua berjalan dengan megah di syurga. Mereka berkata: Allah tidak menciptakan sesuatu yang lebih baik daripada kami. Ketika mana mereka berada dalam keadaan seperti itu, tiba-tiba mereka mendapati ada gambaran gadis yang lebih cantik yang tidak pernah dilihat oleh orang . Padanya ada cahaya yang menyinar sehinggakan hampir membutakan mata. Di atas kepalanya ada mahkota, di dua telinganya ada dua utas anting-anting. Maka mereka berkata: Wahai Tuhan siapakah gadis ini? Dia berkata: Ini adalah gambaran Fatimah binti Muhammad tuan kepada anakmu. Mereka berdua bertanya: Apakah mahkota yang ada di atas kepalanya ini? Dia berkata: Suaminya Ali bin Abi Talib. Mereka berdua berkata: Apakah dua utas anting-anting ini? Dia berkata dua anaknya Al-Hasan dan Al-Husain. Ia ada dalam rahsia pengetahuanku dua ribu tahun sebelum aku menciptakanmu.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 389-390, hadis nombor 111. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه جابر مرفوعا، وهو موضوع.

Diriwayatkan oleh Jabir secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW), ia adalah palsu.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs